Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?

Adakah anda tak ada idea nak belikan hadiah mainan apa untuk kanak-kanak umur 3 tahun? Saya ada cadangan yang mungkin sesuai untuk situasi anda.

 

Saya ada beberapa orang anak buah yang masih kecik lagi. Kalau ikut pada waktu catatan ini saya buat, paling muda umurnya tak sampai sebulan. Kalau yang besar sikit ada lah yang dalam lingkungan umur dua tahun.

 

Sudah tentu saya juga seperti anda, ingin jadi seseorang yang baik di mata kanak-kanak tersebut. Kalau dalam situasi saya ni, saya nak jadi seorang uncle yang paling baik pada kanak-kanak tersebut. Jadi, saya rasa cara paling mudah untuk ambik hati kanak-kanak tersebut adalah dengan beri dia hadiah barangan mainan.

 

Budak-budak zaman sekarang memang berbeza dengan zaman-zaman kita masih kecik dulu. Saya perhatikan anak-anak zaman moden ni, mereka dah didedahkan dengan penggunaan gadget dan permainan berkomputer terlalu awal.

ketagihan-gadget

Saya bukannya kata benda ni tak bagus. Bukan begitu. Cuma saya rasa ini akan memberi kesan kepada perkembangan hidup kanak-kanak tersebut.

 

Pada satu hari, saya terbaca satu artikel yang di kongsikan di FB. Menurut artikel tersebut, kanak-kanak yang terlalu kerap bermain dengan gadget seperti smartphone dan ipad atau tab, mereka akan ada masalah untuk menguasai skil-skil tertentu.

 

Contohnya, skil menulis. Saya masih ingat lagi, sejak saya masih kecil lagi, saya dah dilatih untuk memegang pensel untuk menulis, melukis dan mewarna. Ianya sangat menyakitkan. Sebenarnya bukan sakit pun, cuma tangan terasa lenguh sebab banyak bekerja. Namun, rasa sakit ni lama kelamaan ianya hilang, mungkin sebab saya dah terbiasa dan otot-otot sekitar jari dan telapak tangan juga dah makin kuat.

 

Mula-mula belajar menulis, tulisan sangat buruk dan besar-besar pulak tu, namun lama-kelamaan ia jadi makin cantik dan kemas.

 

Cuba bandingkan dengan anak-anak kecil yang masanya hanya digunakan untuk bermain game di ipad. Main ipad ni, paling banyak pun guna satu jari sahaja, sedangkan kita sedia maklum, untuk pegang pen atau pensel, kita perlu sekurang-kurangnya 3 batang jari.

 

Saya berpendapat, kanak-kanak perlu lebih banyak lakukan aktiviti yang memerlukan dirinya menggunakan kesemua jari-jemarinya dan bukannya dihadkan untuk bermain ipad sepanjang hari. Memang saya tak nafikan, budak-budak ni bila dah seronok main ipad dia akan senyap dan tak ganggu orang lain buat kerja, tapi kita sebagai orang dewasa kena fikir juga apa kesannya kepada budak tu nanti.

kinetic-sand-untuk-kanak-kanak

Saya masih ingat lagi, waktu saya masih kecil dulu, salah satu permainan yang saya main ialah tanah liat atau setengah orang panggil plastisin. Dari plastisin ni la, saya belajar untuk buat patung, buat bentuk dinosaur, dan bila semua tu tak menjadi, saya buat bola je la. Ha ha senang~~

 

Kemudian bila saya dah besar sikit, keluar pulak plastisin baru jenama Play Doh. Apa yang buat Play Doh ni menarik ialah bau plastisin dia sangat wangi, dan kita boleh buat macam-macam bentuk, sama ada nak buat bentuk burger, cake dan sebagainya. Masa plastisin Play Doh ni di keluarkan, saya tengok ada juga acuan untuk buat kek, ais krim dan sebagainya dijual bersama.

 

Seronok tu memang la seronok, tapi setiap plastisin tu cuma boleh guna sekali sahaja. Lepas dah bercampur dengan warna-warna lain, ia dah tak boleh dipisahkan lagi. Ini satu sebab kenapa saya rasa main pasir lagi menarik dan lagi best daripada main tanah liat.

 

Tapi, untuk orang yang duduk di kawasan yang jauh dari pantai macam saya ni, memang mustahil nak dapat pasir pantai.

kinetic-sand-murah

Kalau nak jumpa pasir pun, kena tunggu kalau-kalau ada nak buat projek pembinaan rumah. Itupun pasir jenis yang digunakan tak berapa sesuai untuk buat main. Jadi, kalau nak main pasir, kenalah tunggu bila ada peluang untuk ke pantai.

 

Baiklah, sekarang ni saya nak cerita tentang hadiah yang sesuai untuk kita bagi pada kanak-kanak umur tiga tahun main. Nak tau apa hadiah yang saya maksudkan tu?

kinetic-sand-jimat

Ha… ini lah dia yang saya nak cerita tu. Nama benda ni ialah Kinetic Sand. Sekarang ni saya perhatikan ada banyak dah yang jual benda ni kat shopping complex. Ada yang mahal, dan ada yang murah. Kalau dapat yang murah tu, nak borong kinetic sand ni banyak-banyak pun tak ada masalah.

 

Kalau nak senang, boleh order je secara online. Anda boleh klik sini untuk buat perbandingan harga.

 

Benda ni, bukan kanak-kanak je yang suka main. Mak ayah pun boleh main sama. Sebaik-baiknya, main sama-sama dengan anak-anak kecik tu. At least boleh tengok-tengok kalau-kalau ada yang cuba masukkan pasir ni ke dalam mulut pulak. Budak kecik ni kita bukan boleh percaya sangat.

 

Lagipun, kalau boleh main sama-sama, kan boleh jadikan ni masa yang baik untuk family bonding.

harga-borong-kinetic-sand

Dari pasir kinetic ni, anda sebenarnya boleh buat macam-macam bentuk. Terpulanglah sama ada nak buat bentuk gajah ke, bentuk istana, bentuk telefon, nak cipta huruf dan macam-macam lagi.

 

Jadi no wonder la pasir kinetic ni diletakkan dalam kategori educational toys. Ia dimainkan bukan semata-mata untuk menggembirakan anak-anak kita, tetapi pada masa yang sama boleh ajar dia something.

anak-kreatif

Mungkin sebab itu la juga ada sesetengah pendapat yang saya pernah baca, masa terbaik untuk memberi sesuatu ilmu kepada kanak-kanak yang masih kecil lagi adalah ketika dia sedang bermain. Waktu tu dia akan memberikan tumpuan dan fokus yang tak berbelah bahagi.

 

Lagi satu, bila budak-budak ni rasa seronok, lagi mudah untuk dia terima ilmu. Apa yang boleh saya katakan, dengan menggunakan Kinetic Sand ni, proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak akan jadi lebih seronok.

 

Jadi, kalau anda masih tak ada idea dan tak tau nak belikan mainan apa untuk kanak-kanak umur tiga tahun, bolehlah belikan Kinetic Sand ni. Klik sini kalau nak order secara online.

 

Video kat atas ni pulak antara banyak-banyak video tentang Kinetic Sand yang ada kat Youtube. Bolehlah dapat idea macam mana nak main benda ni nanti.

 

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

1 × three =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: