Kisah ni, sebenarnya adalah lanjutan bagi artikel saya sebelum ini. Kalau belum baca artikel sebelum ni, mungkin anda susah nak faham apa yang bakal saya sampaikan dalam posting pada kali ini.
Jadi, silakanlah baca dulu >> Apa beza antara eRezeki dengan Program Jobdirumah
Antara erezeki dengan Jobdirumah, saya lebih suka program Jobdirumah ni. Sebabnya? Dari program jobdirumah ini, saya dah pun hasilkan pendapatan beberapa ribu ringgit, sedangkan kalau dari erezeki, pendapatan yang saya telah hasilkan cuma belasan ringgit.
Apapun, ini semua kan rezeki.
Mungkin rezeki saya kat Jobdirumah. Rezeki anda? Siapa yang tahu. Jadi silakanlah join kedua-duanya kalau anda mampu, atau kalau cuma nak mencuba (mana tahu ada rezeki) joinlah program erezeki ni.
Lagipun program erezeki ni percuma sahaja dan ia diwujudkan bagi membantu individu biasa macam kita untuk jana pendapatan menerusi ekonomi digital.
Pada bahagian member area, setelah anda login, anda boleh lihat senarai Available Jobs.
Screenshot diatas ini, saya ambil dari member area program erezeki.
Senarai program dalam kategori “Available Jobs” ini boleh saya katakan adalah kerja yang tak akan habis. Kalau sebelum ini, kerja yang ada agak terhad, namun dengan adanya konsep kerja yang mengguna pakai konsep pemasaran affiliate dan juga dropship seperti yang anda boleh lihat pada senarai diatas, menjadikan portal erezeki ini sentiasa ada job kosong.
Cuma mungkin bagi mereka yang tak berapa minat kerja dalam bidang jualan, akan merasakan peluang kerja seperti ini agak susah.
Anda hanya akan dibayar apabila berjaya hasilkan jualan, dan bukannya dibayar kerana bekerja.
Sesetengah individu lebih suka dibayar apabila melakukan sesuatu kerja. Individu seperti ini lebih sesuai kerja dengan majikan.
Ada juga sesetengah orang, lebih suka dibayar berdasarkan prestasi dan berapa banyak jualan yang berjaya dihasilkan. Ini mungkin kerana dia sedar bahawa pendapatan dalam bidang jualan adalah sangat banyak dan tiada had.
Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang suka bekerja dalam bidang jualan, maka mungkin saya boleh cadangkan untuk anda daftar juga dengan syarikat Involve Asia.
Menerusi program yang ditawarkan oleh pihak Involve Asia ini, anda boleh promosikan banyak lagi produk dan juga servis dari macam-macam syarikat.
Antara syarikat popular yang turut menawarkan program affiliate menerusi Involve Asia adalah seperti Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, Trivago, Hotels.com dan banyak lagi.
Jika dibandingkan dengan program affiliate yang anda boleh sertai menerusi erezeki, sudah tentu program affiliate yang ditawarkan oleh Involve Asia nyata lebih banyak.
Ini bermakna, peluang untuk buat duit juga akan makin besar.
Ok.
Jadi, yang dah daftar dengan erezeki tu, kalau nak promosikan lebih banyak produk atau servis menerusi program affiliate, bolehlah cepat-cepat daftar dengan pihak Involve Asia.
Mungkin lepas ni, rezeki anda akan makin bertambah banyak kan. Siapa yang tahu? Klik sini untuk daftar percuma dengan Involve Asia.