Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

October 28, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Apa yang buatkan anda suka dengan pekerjaan anda sekarang?

Bagi mereka yang telah mencapai usia dewasa, masa kita kebanyakkannya akan dihabiskan untuk bekerja. Dalam sehari, sekurang-kurangnya kita akan memperuntukkan 8 – 10 jam untuk bekerja.

 

Sehari ada 24 jam. Kita tolak masa untuk tidur selama 6 jam. Bakinya adalah 18 jam. Apabila kita mengambil kira, 8 – 10 jam untuk bekerja, baki yang tinggal untuk kita ialah kira-kira 8 jam sahaja.

 

8 jam itu pun bukannya semua kita dapat manfaatkan untuk diri sendiri. Dari 8 jam itu jugak kita kena bahagikan untuk bersiap untuk ke tempat kerja. Mungkin tersangkut dalam traffic jam. Kerja lebih masa, meeting luar dan macam-macam lagi.

 

Betul. Kehidupan kita majoritinya hanya berlegar disekitar tempat kita bekerja.

 

Adakah anda suka dengan kerja anda sekarang? Susah nak dibayangkan, apabila masa yang kita luangkan sepanjang hari kita untuk bekerja, TETAPI kita BENCI pulak dengan kerja yang kita sedang lakukan sekarang ni. Memang tak kena langsung kan.

kerja-parttime-lepas-spm

Macam mana kita nak tau sama ada kita suka atau tak dengan kerja kita sekarang ni? Mungkin cara ini boleh diguna pakai.

 

Cuba fikirkan, apa agaknya yang buatkan kita rasa tak sabar-sabar nak mulakan hari baru untuk ke tempat kerja, dan rasa seronok sehinggakan kalau boleh tak nak balik ke rumah.

 

Ada ke?

 

Selepas habis sekolah dulu, saya bekerja sementara di kedai menjual baju FOS. Kalau nak cerita dari segi gaji, tak adalah tinggi sangat. Pada waktu tu, saya rasa dengan bayaran upah RM4 untuk sejam bekerja, boleh kata agak tinggi. Bolehlah rasa makan sedap sesekali.

 

Tapi saya rasa kerja kat FOS ni dulu adalah satu pengalaman kerja yang menarik. Dari sini saya sempat belajar banyak benda baru dan mengenali pelbagai ragam manusia. Kalau dulu, saya cuma duduk kampung sahaja, memang tak berpeluang langsung untuk berinteraksi dengan pelbagai manusia dari pelbagai negara.

 

Tapi bila kerja kat sini, saya dapat peluang untuk jumpa macam-macam jenis pelanggan. I think one of the best part is, saya dapat kumpul duit untuk beli jam sebagai hadiah untuk diri sendiri di City Chain.

 

Saya juga pernah bekerja dalam bidang call center. Saya tahu ramai yang tak suka kerja dalam bidang ini. Masa saya dalam on job training saya jumpa ramai orang ambik kerja ini sebab terpaksa. Sebab dah memang tak ada syarikat lain yang sudi nak ambil dia bekerja.

 

Tapi pada saya, kerja dalam bidang call center ni best. Setiap hari saya rasa macam datang kerja untuk sembang-sembang dengan pelanggan. Pelanggan yang ada masalah, pelanggan yang perlukan bantuan, pelanggan yang marah dan macam-macam lagi ragam pelanggan.

 

Kalau orang tanya saya, bagus ke kerja kat call center ni? Saya akan kata kerja ni bagus. Bagus untuk improve communication skill. Penat la belajar bahasa Inggeris dari sekolah rendah, tapi tak ada tempat untuk praktikkan. Tetapi kalau anda ada peluang untuk bekerja di call center, ini adalah salah satu tempat yang bagus untuk praktikkan skil yang memang kita dah pernah pelajari dulu.

 

Tapi… mungkin untuk kerja dalam satu jangka masa panjang, ia agak sukar. Ia bergantung kepada apa niat seseorang itu. Kalau cuma untuk asah skil percakapan, saya rasa setahun atau dua tahun dah cukup memadai.

 

Kadang-kadang kita terpaksa mencuba pelbagai jenis kerja, untuk temui satu pekerjaan yang betul-betul kena dan sesuai dengan diri kita. Hidup ini kita ada banyak pilihan, itu pun kalau kita berani untuk ambil tindakan.

 

Saya rasa, bekerja untuk sesebuah syarikat atau tempat yang kita tak suka, adalah satu bentuk penyeksaan yang tak sepatutnya kita lakukan pada diri kita sendiri. Ia bukan sahaja merugikan diri kita, malahan merugikan pihak syarikat tempat kita berkhidmat itu juga.

 

Apa pun, buat mereka yang masih belum temui pekerjaan yang betul-betul kena dihati, semoga anda akan temui pekerjaan tersebut suatu hari nanti.

 

 

Baca juga artikel:

  • Pengalaman menghafal surah di kolej matrikulasiPengalaman menghafal surah di kolej matrikulasi
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Ini cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidikIni cara mudah bagaimana buat duit dengan menjawab soalan kaji selidik
  • Belajar ilmu melakukan jualan beribu RM menerusi penulisanBelajar ilmu melakukan jualan beribu RM menerusi penulisan
  • Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?Cerita tentang peminta sumbangan untuk pusat kebajikan: Boleh percaya ke?
  • Cara senang nak shopping barang dari China?Cara senang nak shopping barang dari China?
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaanKertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: bagus ke kerja dalam bidang call center, kerja dalam bidang call center, suka dengan kerja, suka dengan pekerjaan

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
    Saya pernah bercita-cita nak kerja sebagai pengawal keselamatan - Ini sebabnya
  • Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
    Apa patut kita jawab bila orang tanya, kamu kerja apa?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Kerjaya sebagai Social Media Influencer
    Kerjaya sebagai Social Media Influencer
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in