Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 11, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Seronoknya dapat buat duit dengan blog!

“Seronoknya kalau ada blog yang boleh bagi duit setiap bulan kepada pemiliknya…”

 

Seronok ke tidak? Ha… untuk orang yang tak pernah lalui, memang tak akan tahu macam mana rasanya. Silap-silap ada jugak yang tak mampu nak bayangkan, macam mana pulak dengan mempunyai blog sendiri, blog tu boleh bagi duit kepada pemiliknya.

 

Alhamdulillah, sejak dari tahun 2009 atau 2010, saya dah mula buat duit dengan blog. Hinggalah sekarang ni, tahun 2016, bermakna dah masuk tahun keenam atau mungkin tahun ketujuh blog-blog yang saya miliki dah bekerja keras untuk hasilkan duit untuk saya.

 

Cuba anda bayangkan. Kalau ada 10 buah blog, dan semua blog tu menyumbangkan sekurang-kurangnya RM100 kepada anda setiap bulan. Bila kita darabkan dengan 10 blog, tak ke boleh dapat RM1,000 setiap bulan.

 

Itu kalau setiap bulan blog anda hanya menyumbangkan RM100 sahaja. Kalau lebih macam mana? Tak mustahil untuk sesebuah blog boleh hasilkan sekitar RM300 – RM500.

 

Andaikan blog anda minimum boleh hasilkan RM300, dan anda mempunyai 10 buah blog yang berbeza.

RM300 x 10 blog = RM3,000!

 

Saya rasa, anda akan bersetuju dengan saya, kalau saya katakan dengan jumlah pendapatan sebanyak itu, kalau nak fokus kepada bidang penulisan blog sahaja dah memadai dan dah mencukupi. Betul tak?

 

Anda hanya perlu bekerja dari rumah. Atau kalau tak nak bekerja dari rumah sekalipun, anda boleh bekerja dari mana-mana lokasi yang mempunyai sambungan internet yang baik. Apa yang penting selain mempunyai sambungan internet, tempat tu mestilah selesa untuk kita bekerja.

 

Kalau nak buat kerja kat starbuck pun okay. Tapi pada saya la kan, nak buat kerja kat starbuck macam kurang sesuai. Tempat tu kadang-kadang boleh jadi sangat bising dan riuh. Kalau waktu puncak, boleh jadi ramai orang akan lepak kat starbuck jugak.

 

Saya pernah cuba nak buat kerja kat starbuck. Baru nak mula buat kerja, tiba-tiba tumpuan saya terganggu dek gelak ketawa dari meja lain. Saya toleh. Budak-budak cina tengah galak bergurau dengan kawan-kawan. Saya jeling. Dari pemerhatian saya, besar kemungkinan mereka ni adalah pelajar sekolah menengah, sama ada form 5 atau form 6.

 

Ya, banyak juga starbuck yang saya pergi, ada budak-budak cina datang lepak. Kebanyakkan adalah golongan pelajar. Sambil lepak dengan kawan-kawan, sambil tu mereka ulangkaji pelajaran. Budak-budak Melayu? Saya jarang jumpa mereka lepak di starbuck dan study kat situ. Mungkin budak-budak melayu ni lebih suka lepak study kat tempat lain. McD mungkin… Entahlah.

 

Sebenarnya tak kisah pun nak study kat mana pun. Cuma yang saya kurang berkenan ialah, mereka ni buat bising. Seolah-olah keseluruhan floor tu mereka dah beli. Nak bergelak sakan seolah-olah tak perlu pedulikan pengunjung dan pelanggan lain.

 

Padahal yang datang ke starbuck ni terdiri dari macam-macam golongan. Ada orang yang bekerja sendiri, ada yang jumpa klien, ada yang meeting kat situ. Tapi itu la… Orang kalau tak ada common sense memang akan macam tu la. Hidup pentingkan diri.

 

Sebenarnya saya nak kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, tips ringkas macam mana nak buat duit dari blog. Iye la, ilmu yang ada memang patut dikongsi bersama. Rasa tak syok la kalau cuma saya seorang je yang buat duit dengan blog. Kalau boleh, saya nak semua orang boleh buat duit dengan blog, walaupun saya tahu, bukan semua orang akan ambil tindakan. Biasalah… lumrah manusia kan. Apa pun, yang penting saya dah kongsikan, dan saya dah ajarkan apa yang saya tahu.

 

Moga-moga kat akhirat nanti saya tak dipersoalkan, kenapa saya tak sebarkan ilmu yang saya tahu dan ajarkan kepada orang yang memerlukan.

 

Untuk mula buat duit dengan blog, ini adalah perkara-perkara yang anda perlu siap sedia, iaitu

(1) Nama Domain dan Hosting

Boleh dapatkan menerusi laman web NetKL. Kos langganan juga tidaklah begitu mahal.

 

(2) Perisian wordpress

Boleh install menggunakan perisian softaculous yang anda boleh akses di akaun cpanel. Kalau anda tak tau macam mana cara nak pasang, boleh baca artikel saya sebelum ini. [Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted]

 

(3) Pilih niche atau topik blog untuk di optimasikan

Bukan semua blog boleh buat duit. Ini hakikatnya. Blog untuk tujuan buat duit, dengan blog bagi tujuan suka-suka sangat besar bezanya. Jadi, kalau tujuan anda adalah nak buat duit, maka kenalah buat cara macam nak buat duit. Kena serius dan kena pilih topik dengan serius juga.. [10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online]

 

(4) Pilih produk yang bersesuaian untuk dipromosikan

Pilih produk yang mempunyai kaitan dengan niche blog yang anda sedang bina. Kalau anda memilih niche masakan, anda mungkin boleh promosikan produk seperti set pinggan mangkuk, kuali dan sebagainya. Jika anda memilih untuk menulis blog tentang kenderaan, anda boleh promosikan alat ganti kereta.

buat-duit-lazada

Kalau anda tak tau nak cari kat mana produk yang boleh dipromosikan, saya syorkan anda cari di laman web Lazada. Boleh klik sini untuk mendaftar sebagai ejen affiliate bagi Lazada.

 

(5) Menulis dan terus menulis

Menulis bukan sebarang menulis. Menulis kena ada strategi. Dalam bidang penulisan blog, dan nak buat duit dengan blog ni, bila kita nak menulis kena tahu apa dia topik yang mungkin akan diminati oleh para pengguna internet. Adakah topik yang tengah viral? Adakah topik yang membincangkan tentang masalah orang lain?

 

Kesemua ini anda perlu “test” sendiri untuk lihat mana satu yang lebih menguntungkan dan memberi hasil paling baik untuk anda.

 

Sebenarnya nak buat duit dengan blog tidaklah sesukar mana. Apa yang sukar mungkin adalah untuk ambil tindakan dan terus konsisten. Jujurnya, ini sahaja yang saya lakukan untuk buat duit dengan blog. Saya menulis dan terus menulis.

 

Alhamdulillah, dari penulisan yang saya hasilkan, yang mungkin tak ada lah bagus sangat, ianya convert pula kepada duit. Jadi apa kata anda pun cuba. Ala… tak yah takut-takut atau malu-malulah. Kita nak buat duit, nak cari rezeki, buat apa nak malu-malu.

 

Jom buat duit!

 

 

 

 

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: bekerja dari rumah, buat duit dengan blog

May 25, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya

Siapa suka menulis di wall Facebook, tapi langsung tak pernah buat duit hasil daripada penulisan tersebut, anda memang rugi BESAR. Ya, memang syok bila apa yang kita tulis tu, ada ramai yang suka. Ada yang klik like, ada yang klik share dan mungkin ada juga yang beri komen-komen membina.

 

Tetapi… adakah cukup sekadar rasa syok, ataupun anda mempunyai pendapat yang sama macam saya, iaitu kita sepatutnya menjadikan penulisan kita sebagai cara untuk buat duit. Tak perlu lagi rasanya nak berdolak dalik. Duit memang penting. Melainkan anda memang dah ada banyak duit, mungkin pada waktu ini anda dah tak perlu begitu memikirkan soal duit.

 

Jika anda merasakan, dapat extra RM100 – RM200 setiap bulan adalah lebih baik berbanding langsung tak dapat duit langsung, maka catatan kali ini adalah untuk kalian.

 

Ini salah satu contoh bayaran yang saya terima daripada melakukan kerja-kerja menulis.

bukti-nuffnang-buat-duit

Saya juga seperti anda. Saya suka menulis di wall Facebook milik saya sendiri. Saya menulis dan terus menulis. Setiap like yang saya terima, betul-betul berjaya memotivasikan saya untuk terus menulis.

 

Semakin hari bilangan like makin bertambah. Ada ketikanya, saya tengok jumlah yang share post yang saya buat di Facebook makin bertambah. Wah nampaknya ada yang suka dengan apa yang saya tulis di Facebook.

 

Namun situasi ini buatkan saya berfikir dua kali. (sebenarnya banyak kali). Proses untuk menghasilkan suatu penulisan bukannya mudah. Kadang-kadang post yang pendek, yang mengandungi kira-kira 80 ke 120 patah perkataan juga boleh memakan masa sehingga satu jam untuk dihasilkan.

 

Ada banyak benda yang kita perlu pertimbangkan. Jika ianya tentang sesuatu, sama ada produk, servis, atau perniagaan, banyak kerja belakang tabir yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Kena semak dulu ketepatan dan juga kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

 

Bila semuanya dah nampak macam okay, barulah siarkan. Baiklah, at this point, semua yang baca apa yang saya tulis, In Shaa Allah mereka akan dapat manfaatnya. Setidak-tidaknya, mereka akan dapat pengetahuan yang baru, dan saya pula (berpotensi) untuk dapat follower yang baru.

 

Adakah dengan bertambahnya follower, akan menyebabkan pendapatan saya bertambah? Well… in a long run, mungkin jawapannya adalah YA. Pendapatan saya akan turut meningkat dengan bertambahnya bilangan pengikut, tapi long run tu bila?

 

Jadi saya ambil pendekatan yang berbeza. Tak nak lagi menulis di Facebook. Lagipun, yang banyak untung ialah pihak Facebook. Saya bukannya dapat rasa sedikit keuntungan daripada penulisan saya tu. Maka saya ambil keputusan untuk tinggalkan Facebook, dan lebihkan beri fokus kepada menulis di blog. Hasilnya? Ha… cek yang saya terima kat atas tu la hasilnya. Ianya adalah bayaran upah dari pihak Nuffnang kerana saya telah menyiarkan iklan-iklan mereka di laman web milik saya.

 

Adakah pihak Facebook benarkan saya menyiarkan iklan dari pihak ketiga? Jawapannya sama sekali TIDAK. Hingga ke saat ini, tak ada lagi mana-mana media sosial yang benarkan penggunanya menyiarkan iklan dari syarikat pengiklanan lain di platform yang mereka bangunkan.

 

Kalau setakat nak siarkan iklan dalam bentuk teks, video, audio dan juga imej di wall itu boleh. Tetapi, kalau iklan tu dalam bentuk HTML code, memang jangan harap.

 

Jadi tak apa la. Saya tinggalkan Facebook, dan berikan lebih tumpuan kepada laman-laman web milik saya. Pada saya, apa yang saya dapat perhatikan kebaikkannya lebih besar daripada kerugian.

 

Jadi, kalau anda juga sememangnya minat menulis, dan selama ni hanya menulis kat wall FB, saya syorkan anda menulis di blog. Kalau tak tau sangat macam mana nak ada blog sendiri, boleh baca post saya yang sebelum ini.

Klik untuk baca: Panduan Pemasangan Blog WordPress Self Hosted

 

Menulis di blog sebenarnya sangat mudah. Jika anda tak biasa pada kali pertama, itu normal. Anggap sahaja macam anda sedang menulis di Facebook. Ataupun, paling senang, anda jadikanlah blog anda tu nanti sebagai tempat untuk back up penulisan anda. Anda menulis dulu facebook, bila dah siap post, anda copy paste sahaja apa yang anda tulis di Facebook ke blog anda.

 

Saya dah bagi idea yang sangat mudah untuk dilakukan, dan ia berpotensi untuk bantu anda jana pendapatan tambahan. Apa lagi yang menghalang anda untuk bertindak dan jana pendapatan sampingan secara online sekarang?

 

 

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: buat duit nuffnang, bukti pendapatan nuffnang, menulis di facebook, mudahnya buat duit

May 20, 2016 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kerjaya sebagai penulis blog upahan lumayan ke?

Kali ni saya nak cerita tentang kerjaya sebagai seorang penulis blog pula. Selalunya saya asyik cerita tentang Jobdirumah je kan, jadi kali ni saya nak bawa topik yang agak jarang saya kongsikan iaitu tentang kerjaya sebagai seorang penulis blog.

 

Pertamanya, sebelum kita nak buka cerita bab lumayan ke tidak ni, rasanya elok kita kembali kepada persoalan yang lebih basic, iaitu boleh survive ke kalau nak pilih kerjaya sebagai penulis blog ni sebagai kerjaya pilihan.

 

Kerjaya pilihan. Maksudnya sepenuh masa hanya fokus dengan blog sahaja. Tak ada buat benda lain, selain daripada menulis blog. Kalau ada buat benda lain, selain daripada menulis blog, itu belum dikira sebagai penulis blog sepenuh masa lagi. Sama ada blogger adalah kerjaya part time, ataupun kerja yang satu lagi tu yang akan jadi kerja part time.

 

Agak susah nak fokus pada kedua-duanya dan kemudian claim yang blogger adalah kerjaya utama. Satu masa nanti, salah satu pasti akan terabai. Biasanya, yang kurang menghasilkan wang tu yang akan terabai dulu. Saya teka, kerja sebagai penulis blog tu yang akan selalu jadi mangsa.

 

Kalau kat luar negara, atau negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, memang ramai yang berjaya jadikan blog sebagai medium untuk buat duit UTAMA. Kiranya, bagi mereka, hanya dengan blog sahaja, dah cukup untuk bayar ansuran kereta, sewa rumah, makan, minum, pakaian dan macam-macam kos lagi.

 

Boleh jadi semua ni ada kaitan dengan saiz pasaran. Bila menulis dalam bahasa Inggeris, bermakna hampir satu dunia boleh baca dan boleh faham dengan apa yang kita tulis tu.

 

Semua orang MAMPU dan BOLEH menulis dan memulakan blog masing-masing. Tetapi berapa ramai agaknya yang boleh menjadikan penulisan mereka itu sebagai suatu sumber pendapatan? Berapa ramai yang boleh menjadikan blog mereka sebagai lubuk untuk buat duit online.

 

Tak ramai. Sebenarnya analoginya lebih kurang sama macam kita tengah main Facebook. Semua orang boleh buka akaun Facebook. In fact proses untuk buka akaun Facebook juga adalah sangat pantas. Ada orang boleh buat duit dengan hanya menggunakan laman web facebook. Namun, bukan semua orang boleh buat benda ni. Ada juga yang tak mampu walaupun nak hasilkan RM10 dari Facebook sendiri.

 

Bagaimana buat duit sebagai penulis blog upahan? Sebagai penulis blog upahan, anda dibayar untuk menulis apa-apa yang dimahukan oleh pelanggan, klien ataupun pihak yang memberi upah.

 

senang_buat_duit

 

Bergantung kepada siapa yang akan mengupah anda, mereka semua ada kehendak dan matlamat yang pelbagai.

 

Jika yang mengupah anda adalah seorang usahawan, besar kemungkinan matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan jualan bagi produk mahupun servis yang mereka tawarkan.

 

Jika pihak yang mengupah anda itu adalah seorang ahli politik atau parti politik misalnya, boleh jadi peranan anda diperlukan bagi mewujudkan suatu imej yang baik dalam kalangan pembaca.

 

Menjadi blogger upahan bukanlah sesuatu yang low class ataupun sesuatu yang hina. Actually ia bergantung juga kepada apa tujuan kita dalam menulis blog dan apa tujuan pihak yang mengupah kita.

 

Tak semestinya kita mesti ambik setiap job yang kita dapat tu. Sesetengah job penulisan memang kita wajar tolak. Apalah gunanya dibayar beberapa puluh atau mungkin beberapa ratus ringgit, kalau in a long run, akhirnya ia kembali merosakkan kredibiliti diri kita sendiri.

 

Apapun, jangan hanya lihat pada berapa nilai job yang kita bakal dapat tu, sebaliknya lihat juga bagaimana job tersebut akan dapat meningkatkan nilai kita di masa akan datang.

 

Saya juga sebenarnya adalah seorang blogger upahan 😀

 

Ada sesiapa yang nak upah saya untuk menulis? Siapa tahu, mungkin saya boleh bantu anda untuk dapatkan jualan (sale) untuk produk mahupun barangan yang anda jual tu nanti.

 

Filed Under: Blogging Tips Tagged With: blogger upahan, kerja dari rumah sebagai blogger, kerjaya sebagai blogger, penulis blog upahan

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut