Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 15, 2015 by Sabree Hussin Leave a Comment

Mana lagi baik? Dropship atau simpan stok?

 

1. Mengajak orang lain untuk buat bisnes sama-sama dengan kita adalah lebih susah berbanding kita nak ajak orang untuk beli produk atau perkhidmatan yang kita promosikan. Produk yang dipakejkan dengan sistem MLM macam simkad Tone Excel misalnya, mudah je dapat rejection seperti “aku tak reti la nak cari-cari orang.” Padahal kita ofer dia untuk jadi pengguna, bukan nak suruh dia buat bisnes.

 

2. Bisnes yang terbaik bagi saya, adalah bisnes yang boleh kita mulakan dengan modal yang minima, ataupun boleh dimulakan tanpa perlu keluarkan modal langsung. Untuk skop bisnes yang boleh dilakukan tanpa modal langsung, ada dua yang cukup popular. Pertama, bisnes berkonsepkan affiliate dan yang kedua ialah bisnes berkonsepkan dropship. Ya… kedua-duanya tidak memerlukan modal langsung untuk bermula.

 

3. Antara dropship dengan simpan stok, mana satu yang TERBAIK? Sebenarnya kedua-duanya ada pro dan kontra. Buat dropship, risiko kerugian kita dapat dikurangkan, sebaliknya kalau kita simpan stok sendiri, macam-macam yang kita boleh buat dan yang pastinya, pelanggan akan jadi lebih puas hati kalau kita ada pegang stok.

 

4. Macam mana pula dengan adanya stok ditangan boleh tingkatkan kepuasan pelanggan? Ok… kalau stok ada dalam tangan, kita boleh tawarkan Cash On Delivery, boleh offer fast delivery, boleh bagi tracking number dengan pantas, boleh selitkan dengan free gift dalam hadiah, boleh masukkan macam-macam fliers iklan dalam parcel. Pendek kata macam-macam kita boleh buat.

 

5. Berbeza halnya dengan dropship, yang mana bila kita buat dropship, secara tak langsung kita sebenarnya tengah bantu pemilik produk untuk bina senarai database pelanggan. Biasa dah berlaku kes, pelanggan akan terus berurusan dengan supplier kita bila mereka nak repeat order. Lagipun, pada parcel bungkusan, pada borang pos laju kan ada nombor telefon supplier yang dah confirm bukan kita yang punya.

 

6. Pelanggan yang bijak, dia tau la apa nak buat untuk dapatkan tawaran harga yang lebih murah. Kalau dapat harga yang lebih murah, dapat nikmati lebih penjimatan, kenapa mesti nak terus berurusan dengan harga yang lebih mahal, ye tak?

 

7. Jadi atas beberapa sebab, saya dan beberapa orang usahawan bersependapat, dropship itu bagus untuk jumpstart perniagaan kita. Untuk beri kita pendedahan macam mana nak buat promosi secara online hingga berjaya menghasilkan jualan. Akan tetapi, untuk long term, kaedah dropship tak seharusnya dijadikan sebagai kaedah utama. Kena ada juga persediaan untuk jadi usahawan Full Throttle yang berupaya untuk simpan stok sendiri.

 

8. Mana nak dapatkan stok produk dengan harga yang murah? Ini tempat yang mendapat recommendation yang paling tinggi. Orang kata rating dia amat tinggi. Kalau serius nak cari barang murah, borong je melalui laman web ini.

laman_web_borong_barang_china

 

9. Laman web ini dinamakan sebagai laman web TaoBao. Tahun 2015 ni, boleh dikatakan usahawan internet memang banyak yang ambik barang dari laman web ini. Kalau anda perlukan panduan yang lengkap macam mana nak borong barang-barang dalam laman web ini tanpa ada sebarang masalah, anda kena download kat sini. Walaubagaimanapun, anda kena bertindak pantas sebelum laman web tu dihapuskan.

 

10. Kelebihannya ialah, anda tak perlu nak borong dalam kuantiti yang besar. Ala dengan kos yang kurang daripada RM200 pun anda dah boleh borong dari laman web tu. Dari segi channel jualan, anda kenalah fikir lebih terbuka. Tak semestinya hanya nak menjual di Facebook semata-mata, sedangkan ada banyak lagi channel jualan secara online yang anda boleh manfaatkan.

 

 

 

 

Baca juga artikel:

  • Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancerKemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan andaContoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Matlamat untuk menceburi bidang Penternakan KambingMatlamat untuk menceburi bidang Penternakan Kambing
  • Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?
  • Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!Bisnes barangan bundle – Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Masalah yang biasa dihadapi oleh Social Media InfluencerMasalah yang biasa dihadapi oleh Social Media Influencer
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship

Filed Under: Pemasaran Internet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Top Posts & Pages

  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
    Kemahiran asas untuk mereka yang ingin menjadi seorang freelancer
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
    Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia
  • Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
    Kertas kerja perniagaan dan 33 contoh kertas kerja pelan perancangan perniagaan
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Cara kerja seorang Internet Marketer
    Cara kerja seorang Internet Marketer

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in