Jika diluar sana, terdapat syarikat yang sudi untuk membayar anda upah, hanya untuk lakukan kerja-kerja mudah seperti kongsi link url, adakah anda akan sanggup untuk lakukannya?
Bila kita fikirkan semula.
Sekadar kongsi link url di media sosial, di blog, forum dan sebagainya… apa yang susahnya? Kerja-kerja seperti ini bukan sahaja mudah, malahan ada syarikat yang sanggup untuk bayar kita upah untuk kita lakukan kerja sebegini mudah!
Tak kan anda masih tetap tak nak buat?
Anda tidak dibayar untuk berkongsi link
Satu perkara yang kita kena faham betul-betul. Kenapa syarikat tersebut nak bayar kita? Apa sebenarnya yang mereka mahukan dari kita?
Adakah semudah itu untuk dapat bayaran dari syarikat tersebut.
Setakat ini, saya pernah jumpa hanya beberapa syarikat yang sanggup bayar kita sejumlah wang untuk lakukan kerja mudah berkongsi link. Walaubagaimanapun, ianya adalah syarikat luar negara.
Anda boleh jumpa tawaran kerja seperti itu di laman web seperti https://microworkers.com/. Saya tahu tentang kewujudan peluang kerja seperti ini dari laman web bekerja dari rumah – Jobdirumah.
Jika anda dibayar untuk kongsikan link, selalunya kadar upah tidak begitu tinggi.
Boleh jadi ia dalam nilai sen-sen sahaja. Pada masa yang sama, setiap orang hanya akan dapat tugasan yang terhad. Sebagai contoh
“Untuk tugasan kongsi link, anda akan dibayar sebanyak 20 sen dan setiap orang hanya boleh buat kerja ini sekali sahaja.”
Walaupun kerjanya mudah, namun ianya terhad dan kadar upahnya juga sangat rendah.
Anda kongsi link dan anda dibayar apabila berlaku conversion pada link yang anda kongsikan
Istilah conversion ini memang biasa digunakan dalam bidang pemasaran.
Ia merujuk kepada tindakan yang berlaku apabila anda dah kongsikan link tersebut. Sesetengah syarikat menetapkan syarat yang berbeza. Contohnya
- Anda akan dibayar jika terdapat klik pada link yang anda kongsikan
- Anda akan dibayar jika terdapat pendaftaran baru dari link anda
- Anda akan dibayar jika terdapat pembelian menerusi link yang anda kongsikan
Antara tiga pilihan diatas ni, biasanya yang paling banyak dipasaran dan cukup mudah untuk kita jumpa adalah dari jenis yang saya boldkan diatas tu.
Kita dibayar apabila link yang kita kongsikan tu menerima klik lalu orang tersebut membuat pembelian.
Kalau peluang seperti ini, memang ada sangat banyak.
Ini antaranya yang anda patut cuba.
(1) Formula Income Seumur Hidup
Buat mereka yang mencari pendapatan pasif di internet, kena lihat apa yang ditawarkan menerusi program ini. Anda pasti suka.
Baca lagi: Formula Income Seumur Hidup – Kejayaan besar bermula dengan langkah kecil
(2) Program Affiliate Lazada
Bantu Lazada Malaysia mempromosikan pelbagai produk. Komisen dia pun boleh tahan juga. Lagi mahal harga produk yang terjual, lagi tinggi la komisen.
(3) Program Affiliate Involve Asia
Ada macam-macam syarikat. Sangat recommended untuk join kalau nak promosikan pelbagai produk.
(4) Adhance.my
Bantu orang yang masih belum dapat kerja.
Boleh klik sini kalau nak maklumat lanjut: Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing
(5) Klikjer
Bantu syarikat promosikan produk-produk digital.
Apa yang saya senaraikan kat atas ni, adalah antara yang saya sendiri dah cuba atau yang sedang saya lakukan untuk tambah pendapatan.
Anda pun silalah cuba.
Mungkin anda akan jadi lebih berjaya dari saya. Siapa tahu kan.