Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

April 19, 2014 by Sabree Hussin Leave a Comment

Mudahnya Buat Promosi Produk EdyClick

Rasanya baru je beberapa hari lepas saya buat artikel tentang EdyClick. Rasa teruja dengan kesungguhan dan produktiviti usahawan tempatan ini memperkenalkan program-program dan platform buat duit, yang In Shaa Allah boleh dimanfaatkan untuk rakyat Malaysia.

Macam kita ni, kena pandai rebut peluang.

Kadang-kadang macam ni lah, peluang datang dengan tiba-tiba dan dengan cara yang tak disangka-sangka.

Kalau dulu-dulu (zaman saya masih kecik lagi), peluang-peluang tambah pendapatan ini lazimnya diperkenalkan oleh kerajaan dan jugak agensi berdaftar dibawahnya.

Kemudian tak lama lepas tu, muncul pula syarikat-syarikat korporat yang mula memperkenalkan peluang-peluang untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat menerusi program-program mereka.

Sekarang ni, di era 2014 onwards, peluang-peluang untuk tambah pendapatan boleh diperkenalkan oleh orang perseorang dan juga sekumpulan individu.

Apa rasionalnya?

Ha… inilah nak cerita. Dunia yang kita diami sekarang ni makin maju.

Jadi, kita juga perlu majukan cara kita berfikir, cara kita buat keputusan, dan juga cara kita bertindak.

Ada setengah orang tu, peluang dah ditunjukkan didepan mata, tapi sebab tak ada jaminan dari organisasi tertentu, terus kecut perut. Tak nak ambik peluang dan tak nak bertindak.

Takut kena tipu kisahnya…

Hmm… tak apalah. Tak nak sudahlah.

Cakap pasal EdyClick ni pulak, beberapa hari ini, berlaku perbincangan yang agak hangat tentang penambahbaikkan pada sistem sedia ada.

Rupa-rupanya owner EdyClick ni dah pun perkenalkan sistem satu klik post iklan di FB.

Sebagai affiliate EdyClick, kita dah tak payah lagi susah payah nak fikir ayat iklan apa nak tulis dan gambar promosi apa yang kita nak gunakan. Sebabnya semuanya dah tersedia di member area. Hanya perlu klik sahaja.

Baca lagi disini : Buat duit dengan EdyClick Semudah Satu Klik?

Ya, saya dah cuba.

Beberapa minit sebelum entry ini saya catatkan.

Kalau nak tengok contoh iklan dia ialah macam yang kat bawah ni.

buat-duit-edyclickNi ha, perkongsian camana nak kurangkan kos iklan fbads

Klik Link Atau Komen Di Bawah Untuk Maklumat Lanjut:
http://www.edyclick.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/tool/banners/16

Manakala ayat yang saya letakkan dibawah screenshot diatas tu pula ialah ayat copywriting yang disertakan bersama dengan banner tersebut.

Memandangkan EdyClick ini menggabungkan konsep Pay Per Click dan juga Pay Per Sales, ini bermakna, setiap klik yang saya terima pada link affiliate tersebut akan menyumbangkan sebanyak RM0.03 kepada akaun saya.

TETAPI…

Macam biasalah, ianya TERHAD.

3 sen tersebut sebenarnya dibayar oleh pemilik atau pun penjual produk ini. Mereka ada bajet tertentu.

Sebagai contoh, mereka mungkin letakkan bajet sebanyak RM50 untuk dapatkan 1,000 klik.

Selagi ianya within bajet, selagi itu anda akan tetap dibayar untuk setiap klik. Jika bajet dah habis, maka anda hanya akan dibayar untuk setiap sales.

Biasa lah tu, mana ada bajet yang unlimited.

Jadi, kita sebagai affiliate EdyClick, kena pandai-pandai la bertindak. Kena cepat, itu kuncinya.

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan EdyClick, EdyClick

April 17, 2014 by Sabree Hussin 1 Comment

Dulu EdyBiz, Sekarang EdyClick Pulak

Sebelum ini memang saya dah pernah join program affiliate EdyBiz – Easy Do Your Business. Memang menarik dan ianya lain daripada yang lain.

Ada macam-macam produk yang disenaraikan. Ada produk digital, produk fizikal, seminar dan produk yang kita nak beli secara borong pun ada.

Terbaru pulak, pemilik EdyBiz lancarkan satu lagi program atau platform untuk buat duit online yang diberi nama EdyClick – Easy Do Your Click.

Tak pasti la pulak sama ada nama dan tag line ni akan dikekalkan sampai bila-bila atau mereka akan tukar satu hari nanti.

Kelebihan EdyClick ini pulak, ia menawarkan dua jenis struktur komisyen untuk para agen.

Ada

1. Pay per sales

2. Pay per click

Pay per sales ini adalah konsep biasa yang diamalkan dalam mana-mana program affiliates. Ada sales, maka adalah komisyen. Kalau tak ada sales, maka jangan ditanya mana komisyennya.

Sesetengah produk, kita perlukan sehingga 2,000 – 4,000 klik barulah boleh dapat komisyen affiliate.

Terutama sekali untuk produk yang dah agak lama berada dalam pasaran dan untuk produk yang agak mahal. Jadi, apa akan berlaku pada jumlah klik yang kita dah bawa masuk hingga beribu-ribu jumlahnya ke laman jualan?

Burn.

Berbeza dengan konsep EdyClick ini,

Saya andaikan anda berjaya dapatkan 2,000 klik untuk link affiliate anda.

Dekat situ je potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan sudah mencecah

2,000 klik x RM0.03 = RM60

Jadinya, buat para agen affiliate yang ada antaranya menggunakan medium berbayar untuk bawa masuk trafik ke sesebuah laman jualan, maka dengan adanya konsep pay per click ini, ia dapat beri sedikit kelegaan.

Kalau ada antara anda yang memang dah pandai dapatkan cost per click RM0.01, maka anda dah berjaya buat untung sebanyak RM0.02 per click walaupun masih belum ada sebarang jualan terhasil.

Manakala bagi mereka yang biasa dapat cost per click yang agak mahal, maka dengan adanya konsep ini, kos tersebut dapat dikurangkan sebanyak RM0.03

Jadi, kalau anda dah rasa tergerak hati nak cuba buat duit dengan menjadi affiliate EdyClick, bolehlah [Klik sini].

Mana tau lepas ni anda berjaya dapat RM3,000 – RM10,000 sebulan hanya dengan mempromosikan produk-produk EdyClick.

Belum cuba belum tahu, kan?

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan EdyClick

January 31, 2014 by Sabree Hussin 1 Comment

Sudah ke anda mempunyai BACK UP PLAN?

Pengalaman yang lepas betul-betul mengajar erti kehilangan.

Saya terpaksa lalui detik-detik dan saat yang sukar sampailah sekarang ni, semua ni gara-gara masalah pada blog utama saya, http://www.sabreehussin.com

Rupa-rupanya, blog tu tak dipasang sistem back up. Tak sengaja sebenarnya…

Sekarang ni, saya perlu mula menulis semula dari 0. Oh pada waktu entri ini saya hasilkan, blog tu dah pun mengumpul kira-kira 100 artikel.

Setiap satu artikel ada fungsi dan peranannya sendiri. Ada beberapa jerangkap samar yang dipasangkan disana sini, bagi tujuan menangkap prospek untuk ditukarkan kepada pelanggan.

Ada rezeki, In Shaa Allah akan dapat hasil.

Sama ada dalam bentuk komisyen affiliate, mahupun hasil dari segi hasil jualan produk sendiri.

Jadi, untuk seterusnya, moving forward, nak tak nak mesti kena ada sedikit sifat paranoid. Apa-apahal, mesti, wajib, ada back up plan.

Kalau nak buat duit dengan blog, wajib ada lebih dari satu blog, dan setiap blog tu pulak wajib di host kan di syarikat-syarikat yang berbeza.

Kalau target nak buat marketing dengan menggunakan medium FB sahaja, pun begitu jugak. Wajib ada lebih dari satu FB Profile, Fan Page, FB Group dan sebagainya.

Untuk emel marketing pun sama jugak. Tak rugi sebenarnya kalau ada lebih daripada satu sistem autoresponder. Senang cerita, bagi je la semua sekali ada back up system dia sendiri.

Ni kalau tak, dia akan jadi macam mana yang saya dah pernah lalui sebelum ni… memang sakit hati. Apa pun, hidup kena diteruskan jugak, kan?

So, let’s face it, and move on. Itu lebih baik daripada asyik meratapi kesalahan dan kesilapan lama.

Filed Under: Personal

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 83
  • 84
  • 85

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
    Pakai Seluar Dalam MUNAFIE untuk kelihatan Slim Serta Merta
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Teknik Close Sale Pantas dengan Whatsapp [ebook download]
    Teknik Close Sale Pantas dengan Whatsapp [ebook download]
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut