Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 14, 2015 by Sabree Hussin Leave a Comment

Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?

Baru-baru ni saya tonton filem Step Up All In di saluran HBO. Ada satu scene yang buatkan saya agak teruja bila melihat watak utama dalam cerita ni, Sean, lakonan Ryan Guzman tengah cari info mengenai pertandingan tarian menerusi laman web carian google. Akhirnya, dia temui pertandingan tarian yang di anjurkan oleh The Vortex.

 

Bukan tentang laman web google. Bukan juga tentang pertandingan tarian yang dinamakan The Vortex, dan bukan juga tentang watak utama yang turut akan berlakon dalam filem Heroes Reborn ni yang buatkan saya teruja. Sebaliknya, saya amat tertarik dengan kelajuan internet di Los Angeles!

 

Cemburu. Bila tonton video, langsung tak ada buffering. Bila buka satu web ke satu web yang lain, seolah-olah tak ada langsung loading. Hampir sama dengan situasi kita di Malaysia bila cuba untuk akses local document yang memang dah tersedia di dalam hardrive kita. Sangat laju. Pendek kata, memang puas hati bila dapat internet berkelajuan tinggi seperti yang mereka sedang nikmati.

step_up_all_in

 

Ah… itu kisah kelajuan internet dalam filem Step Up All In. Untuk situasi kita di Malaysia? Mungkin, negara kita masih belum bersedia untuk menikmati internet berkelajuan tinggi seperti yang dinikmati oleh sebahagian negara maju yang lain.

 

Saya sendiri adakalanya cukup terseksa dengan kualiti sambungan internet di Malaysia ni. Waktu siang, OK. Internet agak laju. Tetapi bila masuk waktu malam… suddenly, semua jadi lembab. Kadang-kadang tu, even nak bukak laman web Facebook pun terasa seksa.

 

“Adakah dengan mempunyai kelajuan internet yang pantas boleh membantu menghasilkan pendapatan di internet dengan pantas juga?”

Ya. Saya tertanya-tanya juga persoalan yang sama sebelum ni.

 

Kalau internet di Malaysia ni jadi sangat laju, waktu tu dah tentu distraction atau gangguan fokus akan jadi lebih hebat lagi. Contohnya macam sekarang ni, saya kurang layari laman web video sharing sebabnya saya malas nak tunggu video tu untuk loading dan buffering.  Bayangkan lah, kadang-kadang tu, just untuk tonton video yang panjangnya hanya 10 minit, saya kena peruntukkan masa sampai 20 minit. Ini dicampur dengan proses loading yang ambil masa yang terlalu panjang.

 

Pilihan yang ada, hanyalah untuk buka laman web yang banyak mengandungi teks, kerana dari segi masa untuk loading, ia lebih pantas berbanding laman web yang beroperasi berkonsepkan video sharing.

 

Begitu juga dengan aktiviti pengiklanan. Kita sedia maklum, kelajuan internet kita tidaklah sepantas mana. Ya, memang tak mustahil, ada sebahagian daripada kita yang menikmati internet berkelajuan tinggi. Namun, secara majoriti, lebih banyak yang terpaksa berpuas hati dengan kualiti internet yang tidaklah selaju mana.

 

Maka atas sebab ini lah, untuk tujuan pengiklanan, kita lebih banyak bergantung kepada medium pengiklanan dalam bentuk penulisan. Salah satunya adalah dalam bentuk artikel advertorial yang ditulis oleh blogger.

 

Namun saya percaya, semua ini akan ada perubahan tak lama lagi. Tak akan la selama-lamanya kita akan berada ditahap dan kualiti seperti ini sampai bila-bila, Unless kalau kerajaan kita sendiri yang mahukan kita jadi macam ni. Saya percaya, sooner or later, internet kita akan jadi laju juga. Tak mustahil pun, satu masa nanti, kita semua akan dapat nikmati internet berkelajuan tinggi dan murah pulak tu.

 

Video sebagai Platform Pilihan untuk pemasaran

Tunggulah bila internet dah betul-betul laju. Persediaan kearah tu memang dah pun dilakukan. Kadang-kadang saya terfikir jugak untuk mendominasi laman web video sharing untuk berkongsi konten-konten marketing saya kepada masyarakat umum.

 

Tunggulah. 😀

 

Lepas ni mungkin, dah tak perlu lagi susah payah nak taip artikel panjang-panjang untuk buat kerja-kerja pemasaran. Lepas ni, kita rakam video sahaja la ya.

 

 

Baca juga artikel:

  • Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumahKelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah
  • Bisnes air balang di bazar ramadhanBisnes air balang di bazar ramadhan
  • Bisnes kedai makan milik orang Melayu memang akan cuti dua bulan ke?Bisnes kedai makan milik orang Melayu memang akan cuti dua bulan ke?
  • Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?Bagaimana membeli barang dari laman web Taobao?
  • Cara buat duit dengan Valued OpinionsCara buat duit dengan Valued Opinions
  • Tak setuju dengan larangan merokok di kedai makanTak setuju dengan larangan merokok di kedai makan
  • Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatanKerja sambilan dari rumah sebagai ejen pemasaran online serta bukti pendapatan
  • Jam tangan jenama Casio G-Shock Original MURAH sempena Promosi Riang Ria RayaJam tangan jenama Casio G-Shock Original MURAH sempena Promosi Riang Ria Raya
  • Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya!Penipuan kerja sambilan melipat risalah – Anda mungkin mangsa seterusnya!
  • Buat duit sebagai penjual di Lazada dengan sales 4 angka setiap hariBuat duit sebagai penjual di Lazada dengan sales 4 angka setiap hari

Filed Under: Personal Tagged With: internet berkelajuan tinggi, internet malaysia lembab

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − six =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
    Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
    Hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak umur tiga tahun?
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut