Saya rasa macam sekejap je masa berlalu. Rupa-rupanya, usia laman web ini dah masuk tahun yang keempat. Pada awal-awal penubuhan laman web ini, saya tak merancang untuk jadikan laman web ini sebagai sebuah blog.
Konsep asal laman web ini sebenarnya adalah sebuah minisite, yang mana pada mulanya saya bina bagi tujuan menjual produk digital serta menjalankan program affiliate saya sendiri.
Selepas satu tempoh masa, saya dapati jualan mula turun dan jadi kurang memberangsangkan. Ini fenomena yang biasa terjadi kepada pengeluar produk digital, seperti ebook.
Pada peringkat awal, jualan memang sangat kencang. Sehari kalau dapat jual 20 unit ebook, itu perkara biasa. Kemudian, selepas satu bulan, jumlahnya mula turun, dan tak lama lepas tu, jualan makin sukar dihasilkan.
Pada waktu ini, kita boleh andaikan, dah ramai orang yang memiliki ebook kita, dan mungkin ada yang sebarkan ebook kita secara percuma sahaja. Ini membuatkan orang yang patut beli, tak jadi beli dengan kita, sebab dia dah dapat ebook kita secara percuma.
Untuk mengelakkan pendapatan dari laman web ini terputus, lalu saya buat keputusan untuk jadikan laman web ini sebagai blog sokongan, kepada lain-lain blog yang saya miliki.
Ok la.. bila ditransformasikan menjadi sebuah blog, at least setiap hari ada income yang disumbangkan oleh blog ni. Setidak-tidaknya, pendapatan dari laman web ini, tidak terputus begitu sahaja.
Justeru, buat pembaca dan pelawat sekalian, sekiranya anda mencari sumber pendapatan tambahan dari internet, bolehlah pertimbangkan untuk memulakan projek laman blog anda sendiri lepas ni. Saya sudah mulakan projek blogging ini agak lama, dan dari pengalaman saya sendiri, memang ia terbukti boleh menghasilkan pendapatan tambahan.
Kalau setakat nak buat pendapatan tambahan, itu tak begitu sukar. Tapi, kalau anda ada rancang nak jadikan blog sebagai sumber pendapatan utama, yang ini kena usaha lebih keras dengan strategi pemasaran yang lebih ampuh ya.
Mulakan projek blogging dengan bajet yang minima
Tahukah anda, berapa sebenarnya kos untuk memulakan sebuah laman blog dan seterusnya maintain laman blog tersebut?
Sebenarnya masih ramai yang tak tahu, kosnya sangatlah murah. Anda boleh pilih sama ada nak mulakan dengan laman blog yang tak perlu bayar apa-apa, ataupun boleh mula dengan modal yang minima.
Untuk projek blogging yang tak perlukan sebarang kos, anda boleh mulakan dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh
Dua servis itu, adalah servis blogging yang saya sendiri gunakan, dan ianya memang amat mudah untuk dikendalikan.
Untuk projek blogging yang lebih serius, saya akan gunakan nama domain dan hosting sendiri. Saya melanggan perkhidmatan domain dan hosting dari pihak Netkl.
Bawah ini adalah dua pakej yang anda boleh pertimbangkan.
Pada peringkat permulaan, saya order pakej yang RM60 sahaja. Yela, projek masih baru, dan saya sendiri tak tahu lagi bagaimana agaknya masa depan projek tersebut.
Adakah akan berjaya? Atau mungkin ia akan tersangkut ditengah jalan? Saya pun tak tahu.
Baru-baru ini, disebabkan blog ini dah mula menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan, maka saya upgrade kepada pakej yang lebih tinggi, iaitu pakej RM100.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira, pendapatan yang telah disumbangkan oleh blog ini, selama setahun sebenarnya berkali ganda lebih besar kalau nak bandingkan dengan kos untuk maintain blog ini.
Apabila blog mula berkembang, pada waktu itu, kita akan perlukan
- Lebih banyak bandwidth disebabkan trafik yang meningkat
- Lebih banyak space disebabkan kita akan upload banyak gambar dan plugin
Namun pada peringkat permulaan, kita mungkin sekadar nak test market, dan sekadar nak lihat sejauh mana prestasi blog tersebut. Bolehlah mulakan dengan pakej RM60 sahaja, kemudian dari situ perlahan-lahan kita upgrade blog.
Saya berpendapat, orang yang ada blog sendiri, dan dia konsisten update blog, adalah hampir mustahil untuk dia langsung tak berjaya buat duit dengan blognya.
Ya, hampir mustahil. Tulis la apa-apa topik sekalipun, pasti akan ada yang masuk ke blog anda, baca dan selepas itu, bakal menyumbangkan pendapatan sama ada melalui program pengiklanan, review produk, affiliate dan sebagainya.
Mungkin anda minat nak baca dengan lebih lanjung mengenai cara untuk buat duit dengan blog. Apa kata anda baca sahaja posting saya yang berjudul – Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
Tahniah tuan 😉 Saya baru nak masuk 3 tahun berblog hehe