Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

September 4, 2018 by Sabree Hussin Leave a Comment

Kelajuan internet pantas memudahkan buat kerja online dari rumah

Sebelum ini, saya menggunakan perkhidmatan jalur lebar dari Streamyx. Keputusan untuk menggunakan perkhidmatan ini, dibuat lebih kepada sebab terpaksa.

 

Pada awalnya, saya menggunakan P1 Wimax. Tapi lepas tu, perkhidmatan dari P1 ditamatkan, setelah pihak P1 memberi notis yang mengatakan mereka tidak lagi akan meneruskan operasi.

 

Setelah buat survey, saya dapati, tempat saya tinggal hanya boleh masuk line Streamyx sahaja! Lain-lain service provider, tiada liputan.

 

Dari segi kelajuan, saya terpaksa berpuas hati dengan 4Mbps sahaja. Itupun bukannya selalu boleh capai kelajuan macam tu.

kelajuan-internet-malaysia

Screenshot ni saya ambik pada waktu siang. Masa ni, saya rasakan sambungan internet agak laju. Nak buat kerja pun senang. Nak buka laman web Youtube, Fb dan streaming video pun kiranya boleh tahan.

 

Walaupun kadang-kadang ada tersangkut-sangkut, tapi waktu ini, saya rasakan ia berada pada tahap yang paling baik.

 

Seperti yang anda dapat lihat, kelajuannya ialah 3.50Mbps sahaja. Tempat saya ni, tak support untuk kelajuan yang lebih tinggi.

 

Unifi? Jangan harap. Kat sini belum ada coverage pada waktu tu. Saya ingatkan saya perlu hadap sambungan internet yang begitu teruk tu sampai bila-bila.

 

Akhirnya saya pindah rumah

Baru-baru ini, (pertengahan bulan Ogos), saya pindah rumah.

 

Alhamdulillah, kat tempat baru ni, ada liputan unifi. Kali ini, saya dapat nikmati sambungan internet yang lebih laju! Ini screenshot kelajuan internet saya sekarang.

bagus-ke-unifi

Dulu cuma dapat 3.50Mbps, tapi sekarang ni, dapat 33.62Mbps!

 

Nampak tak, berapa kali ganda improvement tu?!

 

Kalau saya nak tunggu, tunggu dan terus tunggu, sampailah kat tempat saya tinggal sebelum ini akan dapat unifi, saya pun tak tahu, berapa lama agaknya saya kena tunggu.

 

Sedangkan langsung tak ada sebarang tanda-tanda, yang pihak TM akan lakukan sesuatu untuk memperbaiki mutu perkhidmatan di tempat saya tinggal tu.

 

Bayar harga yang sama untuk servis yang lebih baik

Masa guna streamyx dulu, setiap bulan kena bayar RM147.

Sekarang ni, bila tukar kepada Unifi, jumlah kena bayar ialah RM139.

 

Saya diberitahu, yang RM139 tu sebenarnya adalah harga promo, dan selepas satu tempoh masa, ia akan dinaikkan kepada satu harga yang lebih tinggi.

 

Tak kisahlah. Saya bukan kisah sangat tentang soal harga, cuma saya harap, biarlah apa yang dibayar itu, berpatutan dengan servis yang saya nikmati.

 

Ini tidak.

 

Bayar mahal, tapi servis macam sampah.

 

Bila dah ada internet yang begini baik, nak buat kerja-kerja online dari rumah pun senang.

penerangan-tentang-jobdirumah

 

Dulu ada banyak juga job yang saya terpaksa tolak, sebab takut tak dapat nak beri komitmen. Tempat saya sebelum ini, waktu siang sahaja sambungan internet dia laju.

 

Bila waktu malam, terus slow. Ini bermakna, kalau saya nak apply job dari Jobdirumah, atau mana-mana lagi portal job, saya kena pastikan kerja tersebut dapat disiapkan pada waktu siang.

 

Kalau terpaksa siapkan pada waktu malam, saya mungkin tak dapat siapkan terus kerja tu. Oleh sebab tindakan ini agak berisiko, saya buat keputusan untuk tidak buat sebarang job dan fokus kepada kerja-kerja yang tak memerlukan kelajuan internet yang tinggi.

 

Sekarang ni, dah tak ada halangan sedemikian. Cuma rajin dengan tak sahaja untuk apply job. Dengan kelajuan internet seperti ini, sudah pasti akan banyak beri kebaikkan untuk individu yang kerja online secara full time macam saya.

Baca juga: Bermula dengan kerja secara part time, kini saya buat full time kerja dari rumah

 

Untuk yang nak ikuti jejak langkah saya, dan ramai lagi individu yang bekerja hanya dari rumah macam saya ni, first thing first sebaik-baiknya kena pastikan yang kelajuan internet anda cukup baik. Ini akan memudahkan anda fokus pada kerja.

 

 

Baca juga artikel:

  • Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?Filem Step Up All In, Internet berkelajuan tinggi, dan bagaimana ia mempengaruhi pendapatan anda?
  • Kerjaya sebagai Social Media InfluencerKerjaya sebagai Social Media Influencer
  • Promosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendahPromosi Pet’s Fair Week di Lazada Malaysia – Pelbagai barangan untuk haiwan kesayangan dengan harga terendah
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Seronoknya dapat buat duit dengan blog!Seronoknya dapat buat duit dengan blog!
  • Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berbloggingTak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging
  • Kali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: QlimaxKali Pertama Mempromosikan Produk Lelaki: Qlimax
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan andaContoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?Kerja dekat luar negara memang nampak hebat, kan?
  • Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?Apa beza antara eRezeki dengan program Jobdirumah?

Filed Under: Catatan Rambang SH Tagged With: internet berkelajuan tinggi, internet pantas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 4 =

Top Posts & Pages

  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
    Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai
  • Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
    Ada tak kerja part time dari rumah lipat risalah atau kotak?
  • Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
    Tempat boleh beli jam g-shock Original Murah
  • Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
    Contoh skrip copywriting TERBAIK yang anda boleh terus gunakan dalam perniagaan anda
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
    Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan
  • 2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
    2 Laman web supplier dari China untuk Bisnes Dropship
  • Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
    Pengalaman lima tahun bersama dengan Jobdirumah! Jobdirumah tipu atau tak?
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
    Buat perbandingan harga di Lazada dengan Shopee sebelum shopping online
  • Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?
    Boleh percaya ke kalau beli barang dari laman web mudah.my?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut