Bagi individu yang tercari-cari peluang untuk buat duit dari rumah, atau yang nak bekerja dari rumah, pasti pernah jumpa laman web Jobdirumah ini.
Laman web ini memang cukup popular, dalam kalangan individu yang bekerja dari rumah. Untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan salah seorang ahli yang pernah mendaftar untuk menyertai program latihan bekerja dari rumah yang dikendalikan oleh pihak mereka.
Saya tahu tentang laman web Jobdirumah pada sekitar tahun 2013. Ya, kira-kira lima tahun yang lepas. Pada masa tu, saya baru sahaja berhenti kerja, kononnya nak fokus pada perniagaan kedai runcit yang saya jalankan. Bisnes kedai runcit ini sebenarnya adalah bisnes keluarga.
Kerja terakhir saya bekerja adalah di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Jawatan pula adalah sebagai corporate executive. Kerja ini best, sebab saya boleh travel ke banyak tempat, jumpa pelbagai lapisan masyarakat, dari golongan atasan, golongan yang ada gelaran, kerabat diraja, ahli politik dan macam-macam lagi.
Tapi lama kelamaan saya mula rasa bosan dan menyampah dengan kehidupan macam tu. Akhirnya, lepas lakukan beberapa persiapan, projek kedai runcit pun dah berjalan, saya cari alasan untuk berhenti kerja.
Seterusnya saya jadi seorang tauke kedai runcit. Saya tauke, dan sayalah kuli. Setiap hari, rutin harian saya ialah cek stok, order stok barang, sesetengahnya kena beli sendiri di kedai borong dan jaga kedai. Bila ada pelanggan, layan pelanggan.
Saya dapati, waktu bekerja di kedai runcit ada masa-masa tertentu sangat sibuk, dan ada masanya saya sangat lapang. Masa lapang tu, biasanya saya habiskan untuk membaca. Selepas beberapa bulan keadaan ini berlanjutan, saya rasa saya patut do something untuk manfaatkan masa tersebut.
Dari situ, timbulnya hasrat untuk bekerja dari rumah! Ataupun dalam situasi saya, saya kena bekerja dari kedai runcit. Sambil jaga kedai, saya kena buat kerja lain juga.
Lagi satu, saya tak boleh nak mengharapkan pendapatan dan gaji dari kedai semata-mata. Bisnes baru nak naik, tak bolehlah saya nak ambil gaji RM3,000 setiap bulan dari kedai runcit saya tu. Mau melingkup kedai tu nanti. Orang yang buat bisnes pasti tahu betapa susahnya nak bangunkan dan jalankan bisnes tersebut.
Setelah melihat peluang dan tawaran oleh pihak Jobdirumah, akhirnya saya buat keputusan untuk join mereka. Ini dia bukti penyertaan saya.
Saya buat bayaran untuk menjadi ahli Jobdirumah pada 20 Februari 2013.
Adakah Jobdirumah boleh dipercayai? Tak takut kena tipu ke join jobdirumah ni?
Saya ambil masa yang agak lama juga untuk buat keputusan, sama ada nak sertai program ini atau tidak. Hati masih berbelah bahagi, sebabnya yuran penyertaan itu bukannya murah.
Duit yuran penyertaan tu, saya boleh gunakan untuk rolling modal bisnes. Tapi saya buat keputusan untuk laburkan duit tu bagi mendapatkan ilmu, yang saya akhirnya gunakan sampai ke hari ini.
Pengalaman kena tipu dengan Jobdirumah?
Ada ke yang pernah kena tipu dengan Jobdirumah? Kalau ada yang rasa kena tipu tu, boleh saya tahu, apakah penipuan yang anda kena tu?
Memang saya akui, saya pernah dengar cakap-cakap yang mengatakan JDR ni tipu, scam dan sebagainya. Saya pun pelik. Kalau betul jobdirumah ni tipu, at least bagilah bukti. Janganlah cuma cakap kosong.
Baca juga: Jobdirumah SCAM! Ini dia sebab kenapa orang kata Jobdirumah tu tipu
Masalah dengan sebahagian orang kita ni, dia suka baca tajuk sahaja. Isi dalamnya tak nak baca. Kalau baca pun, langkau-langkau. Kononnya nak baca bahagian yang penting-penting sahaja. Agaknya dia tak sedar, bila dia baca skip skip, akan ada bahagian yang dia tak baca, dan mungkin dia tak faham.
Situasi saya pada tahun 2013 dan kenapa buat keputusan untuk join
Waktu tu, saya memang perlukan pendapatan tambahan. Kalau nak harapkan pendapatan dari bisnes kedai runcit semata-mata, memang tak cukup.
Selain dari pendapatan kedai, saya juga ada income dari beberapa perniagaan yang saya jalankan secara online. Dulu saya juga ada jual ebook, tawarkan servis pengiklanan dan sebagainya. Saya juga ada sertai affiliate marketing. Tapi biasalah, bila komitmen lebih besar dari pendapatan, mana cukup pendapatan yang ada tu.
Kena usaha untuk cari duit lebih. Lalu saya mula pertimbangkan untuk buat kerja-kerja sambilan sebagai seorang freelancer.
Saya cuba dapatkan seberapa banyak informasi tentang cara kerja dari rumah.
Saya google. Saya guna youtube. Saya baca forum yang berkaitan. Saya baca tutorial. Ini yang saya lakukan untuk self-learning process.
Makin banyak yang saya baca, makin saya confuse. Maklumlah, bila baca dari sumber yang banyak, maka banyaklah idea dan pandangan yang terpaksa saya hadam. Saya berpendapat, tindakan tersebut tidak memberi kelebihan dan manfaat kepada saya. Lalu saya buat keputusan, kalau nak belajar macam mana nak bekerja dari rumah, lebih baik saya fokus pada satu sumber sahaja!
Sumber tersebut adalah dari laman web Jobdirumah ini.
Alhamdulillah, tutorial dan panduan yang disediakan memang cukup mudah untuk difahami. Struktur pembelajarannya juga jelas. Dari situ saya nampak, apa yang saya perlu ada, kemahiran apa yang saya perlu kuasai, apa dokumen yang saya perlu sediakan, bagi memastikan bakal majikan suka dan berminat untuk pilih saya sebagai freelancer.
Ada beberapa laman web sumber carian kerja yang anda boleh gunakan. Antaranya
Nah… saya dah dedahkan dua laman web yang anda boleh gunakan jika serius nak bekerja dari rumah. Tak susah nak cari laman web ini. Google sahaja keyword seperti “work from home”, “work at home”, “freelance job”, pasti akan temui laman web seperti diatas ini.
Bila dah masuk ke web tersebut, carilah pautan seperti “How it works” yang mengajar cara-cara nak mula bekerja. Dekat situ, juga ada tutorial macam mana nak kerja dari rumah menerusi laman-laman web yang disenaraikan tu.
Kalau anda selesa dan boleh faham apabila belajar dengan cara itu, tahniah. Kalau tetap tak faham, maka kenalah dapatkan panduan.
Masalah dengan orang yang nak bekerja dari rumah!
Saya nak sentuh sikit tentang masalah orang kita. Macam mana dengan masalah tersebut, menyebabkan mereka terjebak dengan iklan-iklan kerja kosong dari rumah yang sebenarnya menipu dan scam semata-mata.
(1) Terdesak perlukan duit
Memanglah kita nak bekerja dari rumah sebab kita perlukan duit. Tapi saya rasa, orang yang terdesak ni, patut jauhkan diri daripada kerja-kerja macam ni. Lagi satu, orang yang terdesak cukup mudah terdedah dengan risiko penipuan, misalnya anda buat kerja yang nampak senang tapi akhirnya majikan tak bayar.
Ataupun, ada laman web yang letakkan syarat, kalau nak akses ke ruangan iklan kerja, kena bayar duit dulu. Bila dah bayar, rupanya iklan tu semua iklan yang dah lama dan kebanyakkan kerja yang ditawarkan diluar bidang kemampuan kita.
(2) Inginkan duit dengan cara yang senang
Kerja dari rumah ada macam-macam. Sama macam kerja kat luar sana tu. Ada pelbagai bidang. Ada yang senang, ada yang susah. Ada orang kata, kerja data entry tu senang. Tapi pada saya, yang tak minat buat kerja data entry, kerja tu SUSAH. Saya hanya suka buat kerja article writing sahaja. Pada saya kerja article writing itulah kerja yang senang. Saya percaya, orang lain pasti ada pandangan yang berbeza.
(3) Tak faham bahasa
Kalau nak bekerja di peringkat international, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris. Kadang-kadang majikan kita tu, bukannya orang US. Dia boleh jadi orang India, Bangladesh, German, Israel dan sebagainya. Jadi, anda kena tahu macam mana nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Kalau penguasaan terhadap bahasa ini terlalu lemah, memang hampir mustahil untuk dapat kerja.
Penguasaan terhadap bahasa inggeris ini, bukan sahaja penting semasa fasa komunikasi, sebaliknya ia juga penting semasa fasa menyiapkan kerja. Kita perlu betul-betul faham, apa sebenarnya yang dimahukan oleh majikan kita tu nanti.
Kalau anda hanya faham bahasa Malaysia, boleh cuba nasib dengan memfokuskan pada pasaran tempatan.
(4) Tak ada kemahiran
Ini pun satu masalah juga. Saya ambil contoh kerja data entry sekali lagi. Ramai yang kena pancing untuk join program kerja dari rumah, sebab ditawarkan kerja data entry yang kononnya sangatlah mudah. Tapi betul ke mudah?
Mudah. Kalau anda ada kemahiran tersebut. Tapi kalau tak ada kemahiran tu, sudah tentu anda akan rasa sangat susah nak buat kerja tersebut. Majikan pun tak berani nak ambil anda bekerja.
(5) Tak ada peralatan
Anda tak ada komputer, tak ada internet. Kalau cuma nak bergantung pada smartphone, memang susah nak buat kerja. Anda tetap perlu ada peralatan yang proper untuk buat kerja.
(6) Berfikiran tak rasional
Anda nak kerja yang senang, tapi dibayar upah yang mahal. Kalau kerja yang ditawarkan oleh majikan dari luar negara, memanglah matawang yang digunakan ialah dalam USD. Ianya 4 kali ganda lebih tinggi dari matawang kita. Namun, dari segi kerjanya, ianya tak begitu mudah dan tak begitu susah.
Kadar upah setara dengan tahap kesukaran kerja tersebut. Jangan pula anda jadi seorang yang tak rasional, yang mengharapkan kadar upah yang tinggi, sedangkan anda cuma buat kerja-kerja senang.
Ada yang salah faham dengan konsep bekerja melalui Jobdirumah
Mungkin dia fikir, lepas dah join akan terus dapat kerja. Kerja confirm ada!
Salah ke pemahaman sebegitu? Eh tak salah. Kerja memang sentiasa ada, dan sentiasa ada banyak. Ini antara kerja yang available di upwork pada waktu catatan ini saya tulis.
Bila anda mendaftar sebagai freelancer di upwork, anda boleh akses ruangan My Job Feed untuk melihat senarai kerja kosong yang ada. Feed ini telah saya filter supaya kerja yang sesuai dengan kriteria yang saya mahukan sahaja yang akan muncul disini.
Lihat iklan Content Writer with Excellent Skills tu… Majikan yang tawarkan kerja ini, adalah orang yang berada di Pakistan! (walaupun beliau mungkin bukan orang Pakistan)
Kerjanya memang banyak dan sentiasa ada. Cuma ia berbalik kepada persoalan asal, iaitu
- Adakah anda mampu faham tugasan?
- Adakah anda mampu buat kerja tersebut?
- Adakah anda ada kemahiran untuk buat kerja tersebut?
- Berapa ramai yang turut berebut nak buat kerja yang sama?
Itulah dia, dilema yang perlu dilalui. Persekitaran bekerja dari rumah, tak banyak beza dengan kerja diluar sana. Cuma mungkin bezanya, kita boleh kerja merentasi sempadan negara, dan boleh menerima upah dalam matawang yang kita sendiri tak pernah fikir dan bayangkan.
Dulu, saya tak pernah terfikir untuk dapat bayaran dalam matawang USD. Tapi kini, selepas dah beberapa kali mendapat bayaran dari majikan dari luar negara, Alhamdulillah, merasa la juga duit dalam matawang USD. Yang bestnya, duit USD tu kan nilainya 4 kali ganda lagi besar dari matawang RM kita.
Akhir kata, anda pasti akan rasa kerja dari rumah ini senang, kalau anda dapat kerja dalam bidang yang sama yang anda mahir. Sebaliknya, kalau anda langsung tak ada kemahiran, anda akan dapati, kebanyakkan kerja yang diiklankan seolah-olah susah belaka.
Kalau anda tak ada kemahiran yang diperlukan, itu bukan salah majikan, dan bukan juga salah pihak Jobdirumah. Kalau anda jadi majikan, sudah tentu anda tak mahu buang masa, nak ambil pekerja yang tak ada kemahiran. Jadi, sebelum nak terus bersangka buruk, fikirkan dulu apa logiknya.
Pihak Jobdirumah sediakan panduan.
Pihak laman web carian kerja sediakan kerja dan temukan anda dengan majikan.
Anda? Pastikan anda ada kemahiran yang diperlukan dan mulakan kerja dari rumah.
Assalammualaikom,
Betul betul berminat