Apa-apa benda yang kita buat, atas nama kerja, tak kiralah sama ada kerja di pejabat atau kerja di rumah, ia pasti akan memenatkan kita. Kalau tak memenatkan badan, ia akan memenatkan minda.
Kata kuncinya ialah, ia pasti akan memenatkan kita.
Itulah dia lumrah bekerja. Asalkan namanya kerja, pasti ada cabarannya. Walaupun begitu, ramai yang salah faham, bila bekerja dari rumah, mereka fikir ianya kurang memenatkan berbanding kerja di pejabat.
Hmm… at some point saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat tersebut. Bila kita bekerja dari rumah, kita dapat menjimatkan tenaga kita untuk perjalanan pergi dan balik. Jadi tenaga tak terbuang dalam perjalanan.
Bila bekerja dari rumah, bukak-bukak mata, boleh terus masuk ke ofis (kalau mahu).
Adakah ini bermakna kerja dari rumah tu mudah? Oh tak tentu jugak. Susah atau senang sesuatu pekerjaan itu, ia amat bergantung kepada “apa dia pekerjaan yang anda pilih tu” dan “apakah anda mempunyai skil yang diperlukan untuk menyiapkan pekerjaan tersebut?”
Saya tak tau buat kerja-kerja programming. Sayangnya, kemahiran programming ini adalah antara kemahiran yang paling banyak diperlukan oleh majikan yang ingin menggaji pekerja dari rumah. Maka memang sangatlah beruntung siapa-siapa yang mempunyai skil tersebut.
Saya juga tak pandai buat kerja-kerja design. Terasa rugi juga sebab sebelum ini saya tak belajar subjek ini, semasa saya mempunyai peluang sedemikian satu ketika dulu. Pada waktu tu, saya beranggapan, hanya bidang sains sahaja yang menjanjikan kualiti hidup dan pekerjaan yang terbaik di masa akan datang.
Sekarang? Tanggapan saya ternyata silap. Saya membuat keputusan tanpa mempunyai maklumat dan info sebenar tentang sesuatu perkara. Sebenarnya, apa yang saya perhatikan sekarang ni, siapa-siapa yang mempunyai kemahiran dan skil yang hebat dalam bidang art & design, saya rasa mereka ni senang-senang boleh buat duit.
Ya, sejak saya menjadi ahli Jobdirumah ni, saya lebih terdedah dengan kerja-kerja seperti ini, yang boleh dilakukan hanya dari rumah.
Saya tau kerja-kerja dalam bidang penulisan. Aha… mujurlah, sedikit sebanyak, saya tahu macam mana nak menulis. Walaupun tak adalah hebat sangat, namun beberapa penulisan yang saya buat, turut berupaya untuk convert kepada sales.
Contohnya, saya kerap menulis tentang buat duit dengan jobdirumah.
Apa yang anda dapat lihat kat atas ni ialah emel notifikasi yang saya terima setiap kali terjadinya jualan. Macam mana saya tau ia datangnya daripada kerja-kerja penulisan yang saya lakukan?
Tentulah saya tau. Dah memang saya lebih banyak menulis berbanding membuat video.
Sebenarnya, baru-baru ni saya ada join portal buat duit dari rumah yang dinamakan sebagai erezeki. Program ini adalah atas inisiatif MDeC. Hmm… saya pun tak berapa pasti bagaimana kaitan antara satu sama lain. Buat masa ni, saya tak ada masa lagi nak kaji. Jadi, untuk saya terangkan bagaimana agensi kerajaan ini boleh main peranan, saya pun tak tau lagi macam mana nak terangkan.
Senang cerita, pada peringkat ini saya sedang test dulu sistem yang mereka perkenalkan kepada rakyat. Kalau berhasil buat duit, saya akan share kat sini.
… ataupun kalau at the end, tak ada sebarang income yang berjaya dihasilkan, juga saya akan share.
Ok la. Saya nak sambung beberapa tugasan yang ada kat portal erezeki tu. Mula-mula saya ingat benda ni lebih kurang macam jobdirumah. Namun, mungkin jangkaan saya silap kot. Mungkin la…
Apa pun, kalau anda nak baca pasal jobdirumah, boleh pergi ke laman web ini: Jobdirumah
Kalau pasal erezeki, kena pergi ke laman web ini: erezeki.my
Tolong jangan tanya pasal erezeki kat saya. Buat masa ni, saya pun tak ada banyak info pasal program ni. Saya masih dalam fasa try and error lagi.
Nak daftar pon x Bley
Asyik oops jew
Encik Latif nak daftar apa yang tak boleh? jobdirumah ke erezeki tu?