Pada waktu entri ini saya catatkan, jam dah pun menunjukkan ke angka 3 pagi.
Saya masih belum tidur.
Kalau nak fikir mengantuk, ah… memang mengantuk pun. Tipulah kalau tak mengantuk. Namun, jari ini masih lagi setia menaip satu perkataan demi satu perkataan di keyboard.
Kadang-kadang tu, saya sendiri tak pasti dan tak tahu apa hasilnya. Entah macam mana agaknya bentuk artikel yang bakal terhasil selepas saya selesai menaip.
Adakah baik artikel tersebut.
Adakah buruk artikel tersebut.
Adakah artikel tersebut mampu untuk menghasilkan jualan?
Apa yang saya tahu… kalau saya tak menaip, saya confirm tak akan berjaya hasilkan walaupun satu jualan. Namun, jika saya dapat bersabar, teruskan kerja-kerja menulis, menaip dan sebagainya, walaupun artikel yang bakal siap tu nanti tak sebagus mana, asalkan ada usaha, In Shaa Allah tetap ada peluang untuk dapat income.
Tak tau macam mana nak gambarkan, keseronokkan dan rasa teruja dalam diri ini.
Dah agak lama saya impikan, moga satu hari nanti, Allah akan bukakan jalan supaya saya dapat mencari pendapatan menerusi penulisan.
Tak kiralah sama ada penulisan blog, atau pun penulisan ebook. Rupanya, selepas beberapa tahun, hasrat dan cita-cita tersebut pun tercapai.
Alhamdulillah, at least setiap hari akan dapat satu sales.
Semua ini ada hikmahnya. Dengan ilmu yang betul, yang turut saya ceritakan dalam ebook Seni Jualan Psiko Pelanggan, semuanya nampak lebih mudah dan tersusun.
Mungkin saya akan terus menulis, hinggalah usia saya menginjak ke usia 50 tahun…
Wallahua’lam
Takdir tuhan, itu sunggu misteri… dan adakala ia agak sukar untuk dimengerti.
Leave a Reply