Jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan
Maklumat Lanjut

Sabree Hussin Dot Biz

Kearah Hidup Bebas Hutang Menerusi Penulisan...

  • Arkib

July 20, 2016 by Sabree Hussin 1 Comment

Buat cermin mata untuk masalah rabun silau

Masa cuti hari raya yang lepas saya ada buat satu cermin mata. Kali terakhir saya buat cermin mata kalau tak silap masa tu tahun 2006. Kiranya lebih kurang 10 tahun yang lepas. Masalah pada waktu tu lebih kepada silau. Bukannya rabun.

 

Ok saya pun tak berapa faham, apa benda sebenarnya rabun silau ni. Adakah ia rabun jauh atau rabun dekat? Ataupun, tak rabun jauh dan tak rabun dekat, cuma silau semata-mata? Nampaknya topik ni akan jadi salah satu topik yang mungkin saya akan kaji dengan lebih mendalam kalau ada masa nanti.

 

Memandangkan sejak akhir-akhir ni, saya kerap rasa sakit kepala bila memandu pada waktu malam, tanpa memakai cermin mata, jadi saya rasa dah sampai masa untuk saya buat satu. Cermin mata yang lama macam dah kurang membantu. Kalau pakai cermin mata pun, masih lagi tetap rasa sakit kepala dan rasa kurang selesa pada batang hidung. Mungkin sebab saiz itu dah tak sesuai untuk umur macam saya sekarang ni kot. Come on la kan… selepas sepuluh tahun, mesti ada banyak yang berubah.

 

Sebelum ni, saya pun pernah dapatkan cermin mata terapi pin hole yang dikatakan boleh membantu untuk merawat masalah rabun. Kalau anda masih ingat lagi, satu masa dulu ada satu jenama yang cukup popular iaitu cermin mata terapi pin hole jenama Ibnu Sina. [klik sini untuk info lanjut]

cermin-mata-ibnusina

Sebagai orang yang pernah pakai cermin mata macam ni, apa yang saya boleh ceritakan ialah begini… cermin mata ini fungsinya adalah untuk membantu kita lakukan senaman pada otot-otot yang terdapat pada mata. Ia akan melatih kita punya daya fokus apabila kita memaksa mata kita untuk melihat menerusi lubang-lubang kecil pada kanta.

 

Pada mulanya memang akan rasa agak sukar nak fokus, dan pada waktu tu mata kita akan cuba untuk mencari titik fokus yang terbaik. Namun bila dah jumpa, ia akan jadi lebih selesa dan kita dapat melihat dengan lebih jelas. Kalau tengok skrin komputer juga dah rasa kurang silau.

 

Senaman yang lebih kurang sama macam ni pernah saya lakukan sebelum ini. Cuma kaedah dia sahaja yang berbeza. Caranya, cuba tengok pokok. Fokus pada pokok hingga anda dapat kenalpasti satu daun dari pokok tersebut. Cuba untuk fokus hanya pada satu daun itu sahaja. Ia lebih efektif kalau pokok tu berada agak jauh dari kita. Masa buat senaman ni, kita akan rasa seperti fokus pada mata kita berubah-ubah dan dapat rasa seperti bola mata kita bergerak-gerak.

 

Tapi kalau ada cermin mata terapi ibnu sina, senaman untuk mata ni lebih mudah untuk dilakukan. Kalau anda juga mahukan satu cermin mata seperti ini, bolehlah dapatkan kat sini.

 

Ataupun, kalau nak yang versi alternatif dan lebih jimat berbanding jenama ni, boleh baca kat sini:

Klik untuk baca: Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau

 

Berbalik kepada cermin mata baru yang saya dah buat tu. Saya rasa agak cool bila ada cermin mata baru. Kerap jugak saya pakai cermin mata tu, lebih-lebih lagi bila saya nak buat kerja.

 

Tetapi saya terperasan ada satu perkara yang berubah. Bila saya selalu pakai cermin mata tu, mata saya ni mula rasa kurang selesa bila tak pakai cermin mata. Semua benda nampak seperti kabur, tak seperti bila saya tak pakai cermin mata tu.

 

Ini buatkan saya fikir, adakah cermin mata rabun ni sebenarnya akan buatkan mata kita jadi makin teruk atau akan merawat mata kita supaya jadi lebih baik?

 

Kalau jadi makin elok, kenapa setiap tahun atau setiap dua tahun, kena selalu tambah power dan buat cermin mata baru?

 

Misteri… kan.

 

Jadi, saya akan cuba kurangkan pakai cermin mata. Pakai hanya bila perlu dan kalau betul-betul perlu sahaja. Contohnya waktu memandu di waktu malam sahaja. Kalau pakai sepanjang masa, buatkan saya terlalu bergantung kepada cermin mata tu, rasa macam tak seronok pula.

 

Oh by the way, artikel ini saya taip sambil saya pakai cermin mata terapi pin hole!

 

Baca juga artikel:

  • Harga cermin mata bagi masalah silauHarga cermin mata bagi masalah silau
  • Menulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnyaMenulis di Facebook boleh buat duit ke? Ini alternatifnya
  • Kelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasaiKelebihan bekerja sendiri yang orang lain tak mungkin akan dapat rasai
  • Dapat panggilan telefon dari telemarketerDapat panggilan telefon dari telemarketer
  • Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?Betul ke bekerja sendiri lagi seronok dari kerja makan gaji?
  • Buat duit dengan menjalankan perniagaan seminarBuat duit dengan menjalankan perniagaan seminar
  • Program Jobdirumah – Macam mana kalau lepas dah join masih tak dapat kerja?Program Jobdirumah – Macam mana kalau lepas dah join masih tak dapat kerja?
  • Makanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahajaMakanan kucing jenama Healthy-Catz beli secara online sahaja
  • Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?Jadi BOSS untuk diri anda sendiri – Apa pandangan anda?
  • Kelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerceKelebihan dan kekurangan dalam menjalankan perniagaan menggunakan Sistem Marketplace dan ecommerce

Filed Under: Personal Tagged With: cermin mata terapi ibnu sina, cermin mata terapi pin hole, rawatan masalah rabun dan silau

Trackbacks

  1. Harga cermin mata bagi masalah silau - Sabree Hussin Dot Biz says:
    October 14, 2018 at 7:08 pm

    […] cermin mata bagi masalah silau. Dalam post saya sebelum ini, iaitu “Buat cermin mata untuk masalah rabun silau“, saya ada cerita yang saya ada buat cermin mata untuk masalah rabun silau […]

    Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Top Posts & Pages

  • Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
    Begini cara sebenar buat duit dengan link yang ramai orang tak tahu!
  • Harga cermin mata bagi masalah silau
    Harga cermin mata bagi masalah silau
  • Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
    Bisnes barangan bundle - Tak glamor tapi untung BESAR!
  • Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
    Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke?
  • Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
    Selepas 30 hari tak buka laman web erezeki, rupanya ada kejutan!
  • Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
    Apa produk dari China yang bagus untuk diniagakan?
  • Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
    Kerja sebagai pengurus akaun media sosial
  • Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
    Bina laman web khas untuk promosi bisnes homestay milik anda
  • 7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
    7 Masalah yang biasanya akan dihadapi oleh Peniaga Online
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?
    Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya?

Categories

  • Blogging Tips
  • Buat Duit Online
  • Casio G-Shock
  • Catatan Rambang SH
  • Jobdirumah
  • Kehidupan Freelancer
  • Lazada Voucher Code
  • ONEXOX
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Sistem Autoresponder Emelmatik
  • Tips Bisnes
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · Generate Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in