Saya dah agak lama tak bercerita tentang program eRezeki dalam blog ni atau mana-mana blog yang saya tulis. Salah satu sebabnya ialah, saya memang dah agak lama tak log in ke member area eRezeki tu.
Kali pertama dan kali terakhir saya dapat bayaran upah daripada bekerja dengan eRezeki ni pun adalah pada tahun 2016.
Atas ini adalah bukti bayaran upah yang saya pernah terima dari pihak eRezeki. Jumlahnya adalah sebanyak RM14.62
Untuk dapat upah seperti tu, saya buat kerja-kerja seperti
(1) Picture Moderation
Dalam kerja ini, saya akan diberikan pelbagai jenis gambar dan saya perlu letakkan gambar tersebut mengikut kategori yang betul. Jika ada gambar yang melanggar peraturan ataupun tak sesuai untuk digunakan bagi tatapan umum, saya perlu report gambar tersebut.
Biasanya kerja-kerja job moderation ini adalah dari syarikat yang mempunyai laman web ecommerce.
(2) Kerja data entry
Ya, kerja data entry pun ada juga. Kerjanya agak leceh dan setiap tugasan data entry adalah berbeza-beza. Lagi satu, kerja data entry ni juga digabungkan dengan kerja data mining. Bagi yang tak biasa dengan istilah-istilah ni, data mining tu maksudnya kita cari data yang diperlukan di internet.
Kena tahu guna google, tahu baca laman web dan sebagainya.
(3) Social media moderation
Dalam kerja ini, saya perlu semak posting yang dilakukan oleh pengguna akaun media sosial di twitter. Kena semak sama ada posting tersebut ada kaitan dengan syarikat tertentu atau tidak.
Tiga kerja diatas ni adalah antara kerja yang saya buat. Ada juga kerja-kerja lain, tapi saya tak dapat job yang berbayar. Pada waktu saya join, iaitu sekitar tahun 2016, sebelum kita layak untuk dapat job yang berbayar, saya perlu buat dulu tugasan dalam kategori qualification task.
Hanya apabila kita layak atau lulus ujian atau task tertentu, barulah kita akan dapat akses kepada job berbayar.
Fair enough.
Sudah tentulah pihak admin hanya mahukan pekerja yang betul-betul layak sahaja. Dalam program eRezeki ini, kita dibayar upah untuk bekerja dan hasilkan kerja yang betul-betul ada kualiti serta menepati kriteria yang dimahukan.
Ini bukannya program untuk agih-agihkan duit sesama ahli, walaupun orang tersebut sebenarnya tak layak pun untuk buat kerja tertentu.
Maka, pada pandangan saya, bukan semua orang layak atau mampu buat duit dengan program eRezeki ini.
Setidak-tidaknya, anda perlu ada skill tertentu untuk bekerja dengan eRezeki. Apa skilnya? Pada asasnya, anda perlu ada kemahiran
- Kemahiran menggunakan komputer
- Boleh berbahasa Inggeris
- FAHAM bahasa inggeris
- Tahu guna perisian-perisian tertentu seperti microsoft office
- Tahu guna internet untuk cari maklumat
- Tahu guna akaun social media
- … dan lain-lain
Saya syorkan anda join je dulu eRezeki ni dan kemudian di member area, anda lihat apa kerja yang available. Lepas tu, anda nilaikan la sendiri, sama ada anda mampu atau tidak nak laksanakan kerja-kerja tersebut.
Dari segi kadar upah, ianya berbeza mengikut kerja yang ditawarkan. Bagi kerja-kerja yang simple sahaja, upahnya adalah dalam kadar sen-sen sahaja.
Pada waktu saya join program ini, saya juga ada join program lain, dan program tersebut adalah program latihan Jobdirumah.
Sebenarnya lebih tepat lagi, saya join program Jobdirumah dulu barulah saya join eRezeki.
Kiranya, saya join eRezeki sebab nak tambahkan lagi sumber pendapatan. Sebelum ni, saya pun memang dah buat kerja-kerja freelance, dan jujur saya katakan, apa yang ditawarkan oleh eRezeki sememangnya benda yang lebih kurang sama dengan apa yang saya buat selama ni.
Selepas berjaya dapat bayaran upah yang pertama dari eRezeki, dengan jumlah yang begitu rendah, iaitu RM14.62, saya terus stop buat kerja di eRezeki dan fokus kat benda lain.
Saya ada projek lain yang boleh bagi pendapatan yang lebih banyak, buat apa saya nak buang masa saya untuk buat kerja yang bayarannya cuma sen-sen je. Tak berapa cerdik la kan, kalau tinggalkan kerja yang boleh bagi upah yang mahal semata-mata sebab nak kejar upah yang kecik.
Ok. Itu kisah dari pengalaman saya tahun 2016. Sekarang ni, di tahun 2017 ni, saya dapati ada perubahan atau evolusi pada platform eRezeki.
Memandangkan penyertaan ke program ini adalah percuma sahaja, jadi saya syorkan anda pun join.
Walaupun saya cuma dapat beberapa belas ringgit sahaja dari program ini, tak bermakna anda tak boleh dapat lebih banyak dari saya.
Semuanya bergantung kepada usaha dan rezeki. Kalau usaha anda lebih banyak dari saya, saya percaya anda juga akan dapat lebih banyak upah, dan satu lagi atas faktor rezeki. Kalau kebetulan kerja kosong ada banyak, boleh la anda apply dan buat kerja-kerja tersebut.
Masa saya join sebelum ni, kerja agak terhad. Mungkin sebab pada waktu tu, ada ramai lagi ahli lain yang turut berebut nak dapatkan kerja yang sama.
Selain itu, dari segi paparan interface juga dah banyak perubahan. Kali ini nampak lebih cantik dan teratur.
Atas ni pula adalah antara contoh kerja yang kita boleh buat dalam program ini. Lebih kurang sama macam yang saya ceritakan sebelum ni kan.
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya pada platform erezeki ini.
Pertama, sekarang ni eRezeki juga mula meluaskan lagi jenis kerja kepada kerja-kerja berbentuk Program Affiliate dan juga Program Dropship.
Lihat pada senarai kat atas ni. Baru tadi saya buat semakan, dan saya dapati Job daripada Kumoten adalah program dropship manakala job dari BolehCompare pula adalah program affiliate.
Dalam dua-dua jenis program ni, iaitu program affiliate dan juga program dropship, upah atau imbuhan adalah dalam bentuk komisen. Mungkin satu hari nanti pihak eRezeki akan jalankan training macam mana nak buat duit dalam bidang jualan pula.
Mungkin juga training ni dah ada, cuma saya je yang tak tau. Apa pun, silalah rujuk ke web rasmi mereka untuk sebarang perkembangan terkini.
Jangan cuma baca blog ni, sebab saya bukannya follow sangat program erezeki ni.
Kedua, eRezeki juga telah memperkenalkan laman web kerja dari rumah untuk peringkat global
Tiga laman web yang dikongsikan, iaitu Freelancer, Topcoder dan juga Upwork adalah laman web yang memang cukup popular dalam kalangan pekerja bebas atas talian di seluruh dunia.
Kalau nak dapatkan kerja, sinilah tempatnya.
Saya tahu kewujudan laman web tersebut pun sebab sebelum ni saya pernah join program Jobdirumah. Kalau dulu saya tak join program tersebut, mungkin saya pun tak akan tahu tentang kewujudan laman web tersebut.
Apa pula fungsi Jobdirumah?
Secara ringkas, saya nak terangkan apa itu Jobdirumah.
Jobdirumah ni sebenarnya adalah program latihan yang mengajar ahlinya cara-cara untuk bekerja dari rumah menerusi laman web carian kerja seperti freelancer, dan upwork, bermula dari proses membina online profile, menulis online resume, menghasilkan cover letter, bid kerja, memohon kerja hinggalah proses dapatkan kerja.
Pihak jobdirumah tidak menawarkan sebarang kerja.
Mereka hanya jual panduan yang ajar cara-cara nak bekerja dengan laman web carian kerja seperti Upwork. Kalau masih tak jelas, silalah baca laman web ini berulang-ulang kali.
Baiklah, terima kasih kerana sudi baca, dan kalau anda ada masa, jemput baca perkongsian saya tentang Rose Face Serum Zeeta pula. Serum yang diekstrak dari bunga mawar (atau biasa orang panggil bunga Rose) ini diformulasikan untuk menyelesaikan masalah jerawat, jeragat dan menghilangkan kesan parut jerawat.
Jadi, bagi mereka yang nak buat duit sambilan, boleh juga join program mereka ni dan daftar sebagai ahli.
Sekian dulu.
[…] Jadi, silakanlah baca dulu >> Apa beza antara eRezeki dengan Program Jobdirumah […]