Ada tak sesiapa yang rasa soalan saya ni PELIK? Iye la… kita yang nak kerja, alih-alih kita pula yang kena membayar. Bukan ke sepatutnya kita yang dibayar untuk melakukan pekerjaan tertentu?
Ok tak apa. Kita tinggalkan sekejap soalan tu. Kejap lagi kita akan kembali kepada soalan ni, siap dengan jawapannya sekali ya.
Jika pada waktu ini anda sedang bekerja untuk seseorang, ataupun bekerja untuk sesebuah syarikat, dan pada waktu ini, tak ada langsung keperluan yang mendesak untuk anda berhenti kerja dan bekerja dari rumah, saya syorkan untuk anda jaga baik-baik pekerjaan tersebut dan fokus pada kerja anda. Melainkan jika anda ada waktu terluang, barulah cuba berjinak-jinak dengan selok belok bekerja dari rumah dengan belajar dari Panduan Jobdirumah ini.
Tak perlu nak tergesa-gesa berhenti kerja semata-mata untuk bekerja dari rumah. Rumah anda tidak akan lari kemana, dan In Shaa Allah, selagi mana manusia masih lagi berhubung menggunakan internet, bermakna peluang anda untuk bekerja dari rumah di masa akan datang pasti akan tiba. Jadi buat masa ini, fokus sahaja pada pekerjaan anda yang begitu baik itu.
Ingatlah, kat luar sana ada ramai lagi orang yang tak begitu bernasib baik seperti anda. Saya percaya, kalau diberi peluang, ada ramai kat luar sana yang akan berebut-rebut untuk mendapatkan pekerjaan anda tu.
Bekerja dari rumah itu sebenarnya sangat MAHAL harganya. Ada sisi yang baik dan ada juga sisi yang kurang baik apabila bekerja dari rumah. Tahun-tahun pertama ia amat menyukarkan. Ada ramai yang tak mampu untuk bertahan daripada terus bekerja dari rumah, dan kesudahannya mereka TERPAKSA untuk kembali kepada alam pekerjaan.
Kenapa agaknya boleh jadi macam ni? Semuanya tertakluk kepada satu aspek yang selalu dipandang rendah oleh orang ramai, iaitu ASPEK PERSEDIAAN.
Ramai orang kata, apabila bekerja dari rumah, akan ada banyak perbelanjaan yang boleh kita jimatkan. Antaranya perbelanjaan untuk membeli pakaian kerja, perbelanjaan untuk transport ke tempat kerja, perbelanjaan makan diluar dan lain-lain lagi. Ya, semua ni memang betul. Apa tidaknya, perjalanan untuk ke tempat anda bekerja kini hanyalah beberapa langkah dari bilik tidur anda, dan tak ada siapa pun yang akan peduli, apa yang anda pakai ketika melakukan pekerjaan anda.
Namun, ini semua adalah benar, jika anda telah pun mempunyai sumber pekerjaan yang betul-betul dah steady. Bila anda buka sahaja laptop ataupun PC untuk anda bekerja, nah… dah ada berderet kerja kosong yang anda perlu siapkan. Bukan sekadar kerja kosong yang biasa-biasa, sebaliknya kerja kosong yang memang akan membayar anda setelah anda siapkan pekerjaan tersebut. Menarik, kan?
Walaubagaimanapun, ini semua hanya akan jadi satu angan-angan sahaja jika aspek persediaan tidak anda titik beratkan. Bagaimana anda nak bekerja dari rumah, jika kerja yang anda boleh lakukan tiada ataupun tidak wujud? Oh ok… sebenarnya kerja ada banyak, namun sekarang ni kita sedang bercerita tentang suatu pekerjaan yang memang terbukti membayar. Bukan sekadar pekerjaan yang belum tentu lagi akan membayar upah setelah anda siapkan pekerjaan tersebut.
Ini adalah idea disebalik perkongsian kali ini. Saya nak anda tahu, bahawa hakikatnya, bekerja dari rumah sebenarnya MAHAL harganya. Ada harga yang perlu anda bayar. Ia mungkin bukannya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya harga tersebut perlu dibayar dalam bentuk yang berbeza. Seperti, masa, tenaga, kesabaran, emosi, kekecewaan, dan banyak lagi. Semua ini adalah harga yang perlu anda bayar semata-mata ingin bekerja dari rumah.
Adakah ianya berbaloi? Saya tak tau. Saya tak ada jawapannya. Lagipun, saya tak tahu, kehidupan yang bagaimana yang sedang anda lalui sekarang ni. Untuk sesetengah orang, mungkin ianya memang berbaloi, namun kita sedia maklum, apa yang berbaloi untuk sesetengah orang, boleh jadi langsung tak bernilai pada pandangan dan tanggapan orang lain.
Saya nak kongsikan kepada anda secara ringkas, apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah, anda mungkin terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini
(1) Pendapatan tak menentu
Ia sangat bergantung kepada berapa banyak job yang anda perolehi dan berapa banyak job yang anda berjaya selesaikan dengan jayanya. Saya doakan semoga anda berjaya dapat banyak job.
(2) Job tak menentu
Anda perlu jadi seorang yang mempunyai banyak skil ataupun anda perlu jadi seseorang yang SANGAT MAHIR dalam skil tertentu. Jika sebaliknya, memang agak sukar untuk dapat job yang anda sukai dengan konsisten.
(3) Anda perlu belajar cara menjual
Anda kena menjual. Perkara pertama yang anda perlu jual ialah skil dan kemahiran anda. Seterusnya, saya amat-amat sarankan anda belajar juga untuk menjual produk secara online. Ianya berbaloi dan In Shaa Allah akan dapat tampung mana-mana kekurangan.
(4) Anda tiada boss
Klien adalah bos anda. Suka atau tidak, sebelum ini anda mungkin hanya perlu bekerja dengan seorang bos, namun kali ini anda akan bekerja untuk banyak bos.
(5) Anda tiada rakan sekerja
Walaubagaimanapun, saya amat menyarankan untuk anda bina networking. Ianya membantu. Anda mungkin akan dapat satu atau dua job jika anda bina networking.
(6) Tiada istilah hari cuti
Atau mungkin saya patut katakan setiap hari adalah hari cuti. Namun awas, jika anda terlalu lama mengambil cuti, anda mungkin akan dapati tiada lagi wang yang masuk ke akaun bank anda.
(7) Tiada appraisal mahupun performance review
Orang yang bekerja dengan majikan, apabila melalui proses appraisal, mereka sama ada akan menerima kenaikkan gaji ataupun akan menerima bonus. Tapi bila bekerja sendiri dari rumah, semua itu tiada. Maka anda terpaksalah berpuas hati dengan apa yang anda miliki sekarang.
Senarai pendek kat atas ni adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada anda, apa dia yang anda akan terlepas apabila bekerja dari rumah. Sama ada sebagai seorang pekerja bebas ataupun bekerja sendiri.
Sanggupkah anda terlepas semua itu? Jika jawapan anda adalah Ya, saya percaya persekitaran bekerja dari rumah adalah baik dan sesuai untuk anda. Ianya mencabar, namun ia menyeronokkan. Tahukah anda, ketika saya menulis catatan ini, saya sebenarnya sedang melakukan lebih kurang 3 atau 4 kerja dalam satu masa? Inilah dia realiti apabila bekerja dari rumah. Saya sebenarnya boleh buat dua atau tiga kerja serentak dalam satu-satu masa. Jika anda berupaya untuk multitask seperti ini, maka bekerja dari rumah boleh jadi memang untuk anda.
Satu ujian buat anda. Peringkat permulaan ini, tak perlu fikir nak keluar modal yang begitu banyak. Melabur untuk dapatkan ilmu yang betul. Ilmu yang betul, akan membantu anda berada dilandasan yang betul dalam karier anda menjadi seorang pekerja dari rumah.
Tak mahal pun. Melabur untuk dapatkan panduan ini. Kalau anda tak sanggup, saya rasa anda perlu pertimbangkan semula niat anda untuk bekerja dari rumah tu. Bila anda dah ada panduan ini, at least kalau satu masa nanti anda tak tau nak buat apa lagi untuk hasilkan duit dengan bekerja dari rumah, anda boleh ikut sahaja apa yang diajarkan dalam panduan ni.
Leave a Reply