Apabila saya kerap menulis tentang program Jobdirumah, ada masanya saya akan menerima macam-macam soalan yang berkaitan. Sesetengah soalan yang saya dapati terlalu kerap ditanyakan, saya akan tuliskan jawapannya dalam sebuah blogpost, supaya orang yang google soalan tu, boleh terus jumpa jawapan saya.
Walaupun saya dah siapkan artikel dalam bentuk blogpost, saya masih menerima soalan seperti “boleh percaya ke jobdirumah ni?”
Bagi saya, saya PERCAYA dengan program ini. Itu sebab saya sendiri join program ni, sekitar tahun 2013 yang lalu. Sekarang ni, dah tahun 2018. Hampir 5 tahun berlalu, dan Alhamdulillah, pelaburan yang saya keluarkan untuk dapatkan ilmu bekerja dari rumah, telahpun memberi pulangan berganda.
Ini bukti saya join pada 20 Februari 2013.
Kebetulan pada masa ini, baru berhenti kerja. Bagi menggantikan pendapatan dari duit gaji sebelum ini, saya berniaga kedai runcit kecil-kecilan dan pada masa yang sama, saya buat kerja-kerja pemasaran secara online.
Saya pun tak menyangka dan tak rancang nak kerja dari rumah secara sepenuh masa. Saya ada juga pertimbangkan untuk cari kerja dengan mana-mana company yang sudi untuk terima saya bekerja dan manfaatkan kemahiran dan skil yang saya ada.
Obviously, sampai sekarang ini, saya masih meneruskan kehidupan sebagai seorang freelancer. Saya rasa lebih selesa begini. Apa pun, itu pilihan hidup masing-masinglah.
Ada orang suka cari nafkah dengan cara bekerja dengan majikan atau kerja dengan orang. Ada orang lebih suka berniaga. Kalau semua orang nak kerja makan gaji, siapa yang nak jadi majikan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain, betul tak?
Walaupun begitu, saya melihat apa yang saya buat sekarang ini, adalah kombinasi bagi kerja makan gaji dengan perniagaan. Ada ketikanya, saya perlu jadi seorang jurujual, bagi mendapatkan klien yang mahu dapatkan khidmat dari saya.
Belajar tentang cara bekerja dari rumah
Pada mulanya, saya juga tak berapa tahu tentang cara nak mula bekerja, etika kerja, dan disiplin kerja dari rumah. Sebelum nak terus terjun dalam bidang ini, ada baiknya kita pelajari dan fahami terlebih dulu macam mana nak bekerja dari rumah.
Untuk itu, saya memilih untuk baca seberapa banyak panduan yang membincangkan tentang perkara ini. Boleh je kalau nak cari di internet, atau di FB, individu yang memang bekerja sendiri sebagai freelancer.
Lepas dah jumpa, nak buat apa? Tak kan nak terus interview dia dan nak mintak dia ajar cara-cara nak bekerja satu per satu. Saya rasa perkara ini langsung tak praktikal.
Bukan itu sahaja, malahan ianya MENYUSAHKAN!
Dah ada orang jual panduan untuk bekerja dari rumah, contohnya macam panduan ini, tapi anda memilih untuk menyusahkan orang lain, yang tak pernah ada terlintas niat dalam diri untuk jadi pengajar. Sebab apa? Sebab anda kedekut nak keluar duit nak belajar macam mana cara buat duit sebagai freelancer.
Fikirlah sikit.
Orang lain pun sibuk. Ada jadual yang ketat. Dia pun mungkin tengah pening. Orang yang jadi freelancer ni, biasanya ada dua benda yang akan buatkan dia rasa pening kepala.
Pertama, pening kepala sebab ada terlalu banyak job sampaikan dia tak tau nak utamakan yang mana satu.
Kedua, pening kepala sebab pada bulan tertentu, job sangat sedikit.
Kalau setakat nak tanya sikit-sikit tu, OK LA. Tapi kalau dah sampai tahap nak mintak ajar, mintak tolong terangkan pasal sekian sekian, itu dah lebih.
Bukankah lebih baik, anda terus belajar dari sumber yang sepatutnya.
Pelbagai cabang untuk bekerja dari rumah
Anda mungkin lihat, individu A ini bekerja dari rumah dan dia terbukti berjaya dalam kerjanya. Sentiasa ada job. Tetapi, adakah anda juga nak buat kerja yang sama dengan apa yang dia buat?
Kalau anda nak buat kerja yang sama, bermakna anda akan jadi pesaing dia.
Kalau anda nak buat kerja yang berbeza, individu A tu tadi belum tentu mampu bantu anda sebab dia pun mungkin tak ada pengetahuan tentang kerja yang anda minat nak buat tu nanti.
Saya banyak menerima kerja jenis penulisan artikel pemasaran (Advertorial) dan juga Search Engine Optimization (SEO).
Pada satu hari, ada orang ni dia minat nak buat kerja data entry. Masalahnya saya pun tak pernah buat kerja-kerja data entry, macam mana saya nak bagi nasihat apa yang perlu dibuat?
Baca juga:
(1) Adakah kerja sambilan menaip dari rumah benar-benar wujud dan boleh dipercayai?
Memang tak dapat nak tolong. Saya rasa, better dia join Jobdirumah dan lepas tu, kalau ada apa-apa yang tak faham, mintak bantuan dari pemilik produk tu. Senang, kan? Anda dah beli produk tu, maka anda memang layak untuk dapatkan support.
TAPI…..
Berpada-padalah dalam nak mintak support tu. Pastikan dah baca semua panduan, kalau ada panduan dalam bentuk video, kena tonton semua. Kemudian buat seperti yang diajarkan. Bukannya, beli lepas tu banyak tanya. Ya, orang macam ni memang ada dan wujud!
Panduan tu untuk dibaca, untuk dihadamkan. Bukannya lepas beli simpan lepas tu tanya macam orang hilang pedoman.
Jadilah orang yang cerdik. Dapatkan panduan yang betul, contohnya seperti panduan ini, dan lepas tu, sila praktikkan. Selamat bekerja dan semoga anda juga nanti akan berjaya (walaupun nanti kita akan berada dalam bidang yang berbeza)
Leave a Reply