Baru-baru ni, saya ada beli sebuah panduan yang mengajar cara-cara untuk buat duit menerusi laman web Youtube. Menerusi panduan tersebut, pembaca dapat belajar cara-cara untuk buat duit menerusi program pengiklanan Google Adsense.
Panduan yang saya maksudkan ialah panduan Buat duit dengan Video Youtube yang ditulis oleh Masfira. Klik sini untuk lihat panduan tersebut.
1. Ini bukanlah kali pertama saya beli panduan seumpama ini, yang mengajar cara-cara untuk menggunakan video untuk jana pendapatan secara online.
2. Apa yang boleh saya katakan, kebanyakkan maklumat yang dimasukkan dalam ebook ini, saya dah tahu.
3. Memandangkan sebelum ini, saya lebih kerap menggunakan medium blog dalam pemasaran secara online, saya dapati terdapat beberapa persamaan apabila kita nak buat duit menerusi google adsense ini.
4. Perbezaannya adalah penggunaan medium apa. Kalau blog, saya biasa gunakan artikel, manakala kalau nak guna Youtube, saya perlu guna video.
5. Walaupun ada banyak yang saya dah tau, namun tak bermakna panduan ini tak berguna untuk saya.
6. Masih ada beberapa perkara baru yang saya perolehi daripada panduan ini. Contohnya tentang cara nak buat SEO bagi video yang kita siarkan di Youtube.
7. Satu perkara yang saya tabik tentang panduan ini ialah, ia telah berjaya buat saya bertindak dan menghasilkan video yang pertama.
8. Video tersebut, saya rakamkan bersempena dengan kontes “belajar buat blog” yang dianjurkan oleh saudara Anuar. Kalau anda sudi, bolehlah tekan play pada video yang saya hasilkan ini.
9. Memandangkan ini adalah video yang pertama, maka saya juga perasan terdapat banyak kekurangan pada video tersebut. Video tersebut saya rakamkan secara terus menerus tanpa saya edit langsung.
10. Bagi tujuan rakaman, saya menggunakan kamera Samsung NX3300. Sekiranya anda merasakan kualiti video tersebut bagus, mungkin anda juga boleh gunakan kamera yang sama, yang saya gunakan untuk merakamkan video tersebut.
11. Kalau sebelum-sebelum ini, lepas saya beli panduan, sama ada saya simpan je panduan tersebut ataupun saya gunakan panduan yang diajar dalam tu dalam bentuk yang berbeza. Tapi panduan ini, walaupun ianya ringkas sahaja, namun ia berjaya menggerakkan saya untuk bertindak dan merakamkan video saya yang pertama.
12. Dan ya, saya dah ada channel Youtube saya sendiri.
13. Maka lepas ini, selain update blog, saya juga akan siarkan video bagi artikel-artikel yang pernah saya siarkan dalam blog ini. Kiranya apa yang saya bakal siarkan di Youtube merupakan hasil penulisan saya dalam versi video.
14. Jika anda sudi, bolehlah subscribe pada channel saya.
15. Ok la, kalau anda juga minat nak belajar macam mana nak buat video dan juga minat nak tahu bagaimana nak buat duit menerusi video tersebut, silalah muat turun panduan ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.