Cara senang nak shopping barang dari China?

Ya, kalau nak shopping barangan dari negara China, kita tak perlu bersusah payah nak pergi ke negara China. Cukup dengan membuat tempahan secara online.

 

Bagi tujuan bisnes, kalau nak beli borong barangan dari China, laman web yang disyorkan adalah laman web Taobao.

borong-harga-murah-dari-china

Laman web ini antara laman web yang dijadikan pilihan oleh para usahawan borong di Malaysia. Satu yang menarik tentang laman web ini ialah, anda boleh dapatkan panduan lengkap macam mana nak mulakan bisnes borong di Malaysia.

 

Kalau nak borong di laman web lain pun boleh, cuma kalau anda perlukan panduan, mungkin ianya agak sukar dicari. Dalam situasi bisnes borong menggunakan khidmat laman web Taobao, anda boleh rujuk panduan yang boleh dimuat turun dari laman web ini.

 

Kita beli barang secara borong supaya kita dapat harga yang lebih baik dan lebih rendah berbanding kalau beli secara runcit. Barang yang dah dibeli secara borong tu kemudiannya boleh dijual secara runcit, satu demi satu unit.

 

 

Bila cakap tentang borong dari China, dan selepas tu barang tersebut kita jual online, pasti akan terlintas di fikiran, tak boleh ke kalau nak buat dropship sahaja? Bukan ke kalau buat dropship, kita tak perlu keluar duit untuk simpan stok barang.

 

Teknik dropship ini pernah dilakukan dengan jayanya oleh para peniaga online yang menggunakan laman web ebay sebagai platform jualan. Sila baca di posting saya sebelum ini berjudul

  1. Guna Teknik Dropship untuk jalankan bisnes online di ebay
  2. Dropship barangan cina untuk dijual semula di ebay

panduan-perniagaan-ebay

Tapi kalau anda lebih selesa berurusan dengan bakal pembeli yang datangnya dari dalam negara, guna dropship saya kira ianya kurang sesuai. Lagipun, masa penghantaran untuk barang sampai di tangan pembeli agak lama. Ia mungkin akan ambil sekitar 5 – 10 hari untuk barang sampai. 

 

Kalau perlu tunggu terlalu lama macam ni, pelaggan akan mula rasa kurang minat nak beli barang lain dari kita. Saya rasa, satu hari nanti, apabila ada banyak syarikat China buka gudang di negara kita, masa tu nanti, barang-barang dari China, akan sampai ke tangan pembeli lagi pantas dari biasa.

 

Tapi semua ini, saya kira ianya turut bergantung kepada penerimaan kita terhadap barangan buatan China. Satu lagi, kita ambil kira juga permintaan dan trend pembeli kita. Adakah industri online shopping akan berkembang makin rancak, atau sebaliknya.

 

 

Itu kisah kalau nak berniaga. Tapi, bagaimana pula kalau kita nak beli barang dari China sebab nak pakai sendiri?

 

Ini jam tangan jenama Sanda.

sanda-watch-review

 

Ini pula jam tangan jenama SKMEI.

skmei-watch-brand

Model ini adalah SKMEI 1283. Kalau yang baru pertama kali dengar jenama SKMEI ini, untuk pengetahuan anda, jenama ini mengeluarkan pelbagai jenis rekaan dan setiap rekaan ada kod yang berbeza.

 

Ini pula jam tangan jenama Casio G-Shock.

Casio G-Shock yang kat atas ini adalah dari edisi Mud Master.

 

Cantik-cantik kan? Tapi… kenapa semua ni nampak macam lebih kurang sama je modelnya? Barangan dari China ini, bukan setakat harga yang murah, malahan kalau kita lihat dari sudut pilihan reka bentuk, ia menawarkan pelbagai rekaan yang tak kurang menariknya.

 

Design dia lawa, dan dari segi harga, ianya juga tak terlalu mahal. Siapa kata, kalau nak kelihatan cantik, nak bergaya, mesti kena berbelanja besar? Tak juga. Kalau rasa brand G-Shock terlalu mahal, boleh dapatkan jenama lain, seperti Sanda dan juga SKMEI.

 

Jangan silap faham, dan jangan samakan antara orang yang suka bergaya dengan orang yang suka barangan berjenama.

 

 

Dekat mana nak order barangan dari China dengan senang dan yang penting SELAMAT?

Kalau bagi tujuan penggunaan sendiri, saya lebih suka beli sama ada di laman web Shopee ataupun di Lazada Malaysia.

 

Sekarang ini, kedua-dua laman web ini, turut menyenaraikan barang-barang yang diimport dari China, sebagai pilihan kepada pembeli di Malaysia.

Screenshot diatas merupakan paparan yang bakal kelihatan jika kita gunakan laman web Lazada. Setiap barang akan dinyatakan, dimana ianya berada. Macam contoh kat atas ni, adalah untuk jam tangan model SKMEI 1283 dan semuanya dari China.

 

Walaupun sesama penjual dari China, harga yang ditawarkan juga berbeza antara satu sama lain. Kalau ada penjual dari Malaysia yang cuba jual barang yang sama, belum tentu mampu tawarkan harga yang sebegitu rendah.

 

Tetapi, sungguhpun harga lebih tinggi, namun penjual di Malaysia ada kelebihan dari segi masa untuk barang tersebut boleh sampai ke tangan pembeli. Saya tak kisah untuk bayar lebih sikit, asalkan barang boleh dapat lebih cepat.

 

Laman web seperti Lazada dan Shopee ini, memberi jaminan kepuasan kepada para pelangganya. Kalau tak bernasib baik, dan kita dapat barang yang tak berapa elok, rosak dan sebagainya, lazimnya kita boleh minta refund atau tukar barang lain.

 

Tengoklah, apa opsyen yang diberikan kepada anda nanti. Tak semestinya, kalau beli online mesti rosak, atau kalau beli online barangan dari China mesti akan bermasalah. Tak semestinya ok.

 

Alright, lepas ini kalau anda nak beli barangan dari China, bolehlah cuba dapatkan sama ada dari Lazada mahupun Shopee ya. Selamat membeli belah!

 

 

, , ,

No comments yet.

Leave a Reply

fourteen − nine =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes