Syarikat Hosting TERBAIK untuk mereka yang baru nak mula blogging

Sepanjang saya menulis dalam blog ini, mahupun menulis di mana-mana media yang dikawal oleh saya, saya banyak berkongsikan tentang peluang-peluang untuk buat duit secara online.

 

Antara yang saya rasa bagus untuk anda sertai adalah program Adhance. Anda boleh baca perkongsian saya mengenai program tersebut menerusi posting saya yang berjudul Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing.

 

Kebanyakkan program-program buat duit yang saya syorkan, ianya memerlukan anda untuk melakukan kerja-kerja promosi atau pemasaran.

 

Walaupun pada satu ketika, saya bercerita tentang program pengiklanan, seperti Nuffnang, 8share dan sebagainya, ianya juga memerlukan anda untuk lakukan kerja pemasaran, kalau anda betul-betul nak dapatkan income yang lumayan.

 

Kalau anda serius buat pemasaran, income yang bakal diperolehi juga serius BANYAK.

bekerja-dari-rumah-bina-blog

Daripada pengalaman saya sendiri menulis blog, saya berpendapat kaedah promosi menggunakan blog adalah lebih memberikan hasil yang lebih baik untuk saya berbanding lain-lain kaedah pemasaran.

 

Walaupun saya gunakan kaedah pemasaran berbayar, contohnya seperti FB Ads mahupun Google Adwords, saya masih lagi akan bawa masuk trafik itu ke laman blog saya terlebih dahulu.

 

Sebabnya?

 

Di laman blog saya itulah prospek akan kenali saya dengan lebih dekat.

Di laman blog saya juga terdapat borang opt in yang mereka boleh masukkan nama dan alamat emel sekiranya mereka minat nak jadi subscriber dan follower saya.

 

Malahan, diblog saya juga, ada banyak link-link affiliate yang saya dah ternak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang menunggu masa untuk diklik dan seterusnya mendatangkan income kepada saya.

 

Bila bercakap nak guna blog ini, maka benda pertama adalah berkenaan dengan domain dan hosting.

 

Anda boleh menggunakan servis percuma yang disediakan oleh blogspot ataupun wordpress.com jika anda tak mahu susah payah nak pening-pening kepala memikirkan hal-hal seperti perlu renew domain dan hosting setiap tahun.

 

Pemilihan domain dan hosting adalah perkara yang serius.

 

Jika dibuat dengan betul, satu masa nanti, ia bakal menjadi JENAMA yang akan mewakili diri anda. Jenama yang baik dan terkenal pada hari ini, juga bermula dengan tidak dikenali oleh sesiapa pun.

 

Sekiranya matlamat anda adalah untuk bina laman web berkonsepkan blog sahaja, maka satu perkara yang anda perlu tahu ialah, prosesnya tidaklah begitu rumit.

 

Laman web berkonsepkan blog sudah pasti tak sama cirinya kalau nak dibandingkan dengan laman web jenis ecommerce yang boleh digunakan untuk memproses tempahan, menerima bayaran kad kredit dan sebagainya. Kalau anda rancang untuk bina laman web seperti ini, anda perlu fikir faktor keselamatan, kestabilan server dan beberapa lagi faktor lain.

 

Akan tetapi, kalau anda cuma nak bina blog, ianya mudah sahaja.

 

Asalkan anda sanggup ketepikan sekurang-kurangnya 20sen setiap hari selama 365 hari, maka anda dah boleh dapatkan pakej domain dan hosting dengan harga yang berpatutan dan servis yang terbaik.

review-syarikat-hosting-terbaik

Dalam banyak-banyak syarikat hosting yang ada di Malaysia dan di luar negara, saya pilih untuk gunakan servis dari NetKL. Malahan ketika ramai orang mula bertukar kepada syarikat hosting lain, saya masih lagi guna servis mereka.

 

Salah satu sebabnya ialah saya tak nampak adanya sebab untuk tukar-tukar servis hosting, lagipun sepanjang saya gunakan perkhidmatan mereka, saya langsung tak ada sebarang masalah.

 

Lagi satu, bagi mereka yang baru nak bermula, dapatkan pakej yang RM60 setahun itu pun dah cukup memadai.

 

Saya jarang jumpa blogger baru yang begitu aktif mengemaskini blognya sampai 2 – 3 posting dalam sehari. Lebih-lebih lagi kalau posting tersebut adalah original yang memang ditulis oleh dirinya sendiri.

 

Kalau blogger tu jenis copy paste, tak hairan kalau dapat update hingga 50 entri dalam sehari.

 

Apapun, pilihan ditangan anda.

 

Saya hanya mencadangkan berdasarkan apa yang pernah saya lalui dan alami sendiri. Pada saya, anda tak perlu takut untuk dapatkan nama domain dan hosting jika anda benar-benar serius dalam bidang ini.

Baca juga: Tak perlu takut langgan domain dan hosting berbayar jika SERIUS nak berblogging

 

 

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

seventeen + 7 =

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes

%d bloggers like this: