Beberapa tahun kebelakang ini, saya bekerja sendiri sebagai seorang freelancer dalam bidang pemasaran dan penulisan artikel. Saya buat keputusan untuk mencari rezeki dalam bidang ini disebabkan oleh jadual kerja yang fleksibel dan minat dalam bidang penulisan.
Kalau kita lihat dari segi peluang yang terdapat dipasaran kerja, sebenarnya terdapat banyak kerja kosong dalam bidang pemasaran.
Seseorang itu boleh dapat pendapatan antara RM3,000 – RM5,000 setiap bulan sekiranya bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran. Anda boleh lihat lebih banyak iklan kerja dalam bidang pemasaran dihalaman ini.
Walaupun pendapatan tersebut lumayan, namun saya terpaksa berkompromi dalam soal fleksibiliti kerja. Saya perlu bekerja mengikut masa, dan cara yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Saya juga tidak menolak kebarangkalian dimana saya perlu buat kerja-kerja yang saya tak berapa suka dan tak begitu mahir.
Setakat ini, saya tak jumpa lagi sebuah syarikat yang menawarkan kerja dalam bidang pemasaran dan skop kerja yang perlu dilakukan adalah menulis artikel sahaja.
Kalau nak kerja yang seumpama itu, nak tak nak, saya kena cipta sendiri peluang kerja tersebut. Caranya adalah dengan menjadi seorang pekerja bebas, ataupun freelancer.
Saya jadi makin jelas dengan peluang dan cara kerja sebagai seorang freelancer setelah ikuti panduan yang disediakan oleh pihak Jobdirumah.
Salah satu dilema yang bermain difikiran saya setiap kali menerima bayaran untuk kerja yang telah saya siapkan atau yang bakal saya lakukan, adalah berkenaan dengan bagaimana cara untuk menerima bayaran tersebut.
Patutkah saya buat akaun bank khas untuk tujuan menerima bayaran bagi job yang saya dapat atau saya patut gunakan sahaja akaun bank personal seperti biasa?
Baca juga: Akaun bank khusus untuk kerja freelance dan bisnes online
(1) Menerima bayaran dalam jumlah yang banyak dan kerap
Setakat ini, saya gunakan akaun jenis saving account sahaja untuk menerima bayaran upah untuk kerja-kerja yang saya lakukan.
Melihat kepada keadaan saya sekarang ini, masih belum ada keperluan untuk tukar kepada akaun semasa bagi tujuan menerima pembayaran upah. Melainkan kalau satu hari nanti, saya menerima bayaran dengan agak kerap dan jumlah yang agak besar.
Pada waktu itu, mungkin pihak bank akan sekali lagi membekukan akaun saya, dan akan menyuruh saya membuka akaun semasa bagi tujuan menerima dan memproses bayaran dari para pelanggan yang berminat untuk dapatkan upah dari saya.
Kalau ikut pada pengalaman sebelum ini, sewaktu saya aktif menjual ebook hasil tulisan saya sendiri, akaun bank saya pernah dibekukan sebanyak dua kali kerana terdapat banyak transaksi dalam satu hari. Walaupun amaun transaksi tidak begitu besar, tapi disebabkan bilangan transaksi terlalu banyak, ini membuatkan pihak bank bertindak membekukan akaun saya.
Apa yang dapat saya simpulkan, kalau nak buat bisnes online atau sebarang bisnes, sebaik-baiknya buat akaun bank khas (akaun semasa) bagi tujuan tersebut.
Jika anda tak buat akaun khas, pihak bank sendiri yang akan memaksa anda buka akaun semasa khas untuk perjalanan bisnes anda.
(2) Akaun bank khas atas nama syarikat dan bukannya individu
Saya fikir, lepas ini kalau ada keperluan untuk buka akaun bank khas untuk bisnes atau khas untuk kerja freelance yang saya lakukan, saya akan buka akaun bank menggunakan nama syarikat, yang akan saya tubuhkan apabila wujudnya keperluan.
Mungkin satu hari nanti, saya akan menerima banyak tempahan dan tawaran job untuk menulis artikel promosi bagi mempromosikan perniagaan milik pelanggan saya. Siapa tahu, bermula hanya dengan sebagai seorang freelancer, saya boleh jadikan ia sebagai satu bentuk perniagaan yang sah di Malaysia.
Namun saya sedar, bidang yang saya pilih ini, ada terlalu banyak persaingan. Instead off dapatkan khidmat marketing ini dari saya, pemilik perniagaan boleh sahaja dapatkan khidmat yang sama dari syarikat-syarikat besar yang banyak terdapat diluar sana.
Saya tak menolak kemungkinan yang mereka mungkin dapat berikan servis yang berkali ganda lebih baik dari apa yang saya tawarkan. Tetapi pada saya, jika anda mahukan servis yang personalized dan melengkapi keperluan perniagaan anda, memilih untuk beriklan dengan individu seperti saya adalah keputusan yang tepat.
Untuk pengetahuan anda, saya juga masih lagi aktif mempromosikan bisnes-bisnes milik pelanggan saya, yang pernah berurusan dengan saya sejak dari tahun 2014 lagi. Sehingga ke saat ini, saya masih lagi memastikan iklan mereka kekal berada di muka surat pertama google untuk kata kunci yang mereka sasarkan untuk bisnes mereka.
Salah satu contoh bisnes milik pelanggan saya, yang saya sentiasa monitor adalah bisnes sewa alamat pejabat dan peti surat berkunci di Shah Alam.
Sampai ke hari ini, saya akan pastikan iklan ini berada di muka surat pertama Google, lantas memberi prospek kepada pelanggan saya ini.
Servis penulisan dan SEO seperti ini, memang saya tak promosikan secara aktif. Siapa yang betul-betul minat nak dapatkan khidmat saya, baru saya akan tolong. Kalau ada yang sekadar nak tanya-tanya, atau sekadar nak cari servis pemasaran yang murah-murah, saya bukanlah individu yang sesuai untuk anda berurusan.
(3) Kelihatan lebih profesional dan berpengalaman dalam bidang perkhidmatan yang ditawarkan
Saya juga kerap membaca nasihat seumpama ini diinternet.
Bagi mereka yang mempunyai nama syarikat sendiri, kemudian mempunyai akaun bank atas nama syarikat, akan dipandang tinggi oleh bakal pelanggan, kalau nak bandingkan dengan mereka yang hanya menggunakan akaun personal.
Imej profesional akan kelihatan lebih ketara jika ada syarikat dan akaun bank atas nama syarikat. Sesetengah individu lebih selesa untuk berurusan dengan syarikat berbanding dengan berurusan dengan orang perseorangan.
Nasihat itu ada betulnya.
Walaubagaimanapun, pada ketika ini, saya kira adalah lebih baik anda fokus kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan apa manfaat yang bakal anda terima, berbanding fokus pada hal-hal sampingan seperti aspek profesionalisme dan sebagainya.
Jika anda merasakan seseorang itu mampu untuk berikan hasil kerja yang anda mahu dan harapkan, aspek profesional boleh diketepikan dulu. Secara automatik ia menjadi tak begitu penting.
Tapi kalau anda mencari individu atau entiti yang nampak profesional, ia bukanlah faktor penentu yang mereka pasti mampu berikan hasil kerja yang anda harapkan, anda mungkin terpaksa bayar mahal sedangkan servis yang bakal anda perolehi tak seperti anda harapkan.
…dan ya, ada perlu bersetuju pada setiap terma dan syarat yang panjang berjela yang anda sendiri tak ada masa nak baca dan fahamkan satu per satu.
Idea dan hasrat, untuk beralih daripada seorang freelancer kepada seorang pemilik bisnes, bukanlah idea yang kecil. Pada ketika itu, saya pasti akan perlukan khidmat nasihat dari profesional, terutamanya khidmat nasihat dari seorang akuantan bertauliah bagi membantu saya buat keputusan yang tepat dalam bisnes yang saya jalankan.
Mujurlah saya ada kenal akauntan yang boleh diharapkan.
Leave a Reply